Semalam baru aku berkesempatan menonton filem Clash of the Titans di GSC Alamanda, Putrajaya. Dah berhari-hari jugak tertangguh nak menonton.


Aku rasa ramai yang sedia maklum filem ni merupakan remake kepada filem yang pernah dihasilkan tahun 1981 dulu dengan tajuk yang sama. Bezanya filem dulu guna teknik stop-motion, tapi filem terbaru ni guna teknologi terkini iaitu CGI.

I have no complaint at all about the film. All was good. Macam biasa la, aku bukan nak bagi review sangat, cuma pandangan je pasal filem ni. Nak baca review, korang boleh baca kat blog ThatMovieBloggerFella dan kat Wikipedia.

The acting : OK la. Not that-so-much-of-'in depth feeling', tapi lakonan diorang suit dengan watak yang dibawa.

The set : Magnificent. As always, Hollywood memang marvellous bab buat set untuk filem berskala epik. Tak kira la set fizikal ke, set CGI ke, memang marvellous. Kagum dengan set Mount Olympus (istana dewa-dewa Greek). Do you know that Mount Olympus really exist? Haa try baca kat SINI.

Pakaian : Aku takde komplen dari segi ini, sebab Hollywood memang pakar merealisasikan detail dari segi ini. Pakaian rakyat biasa, pasukan tentera, keluarga diraja Argos, sampai ke dewa-dewa Greek (Zeus, Poseidon, Apollo and so on). Filem sebelum ni Greek gods pakai kain kapas putih je, tapi yang sekarang ni, pakai body armor kaler silver dan gold. So bling-bling. LOLs. Hades pulak sebagai god of the underworld, ditampilkan serba hitam dengan pandangan mata tajam dan suara yang menyeramkan.

Rambut : Aku rasa ramai yang setuju, lelaki di zaman-zaman macam ni patutnya dipaparkan dengan rambut panjang. Cuma dalam filem ni, style rambut group heavy metal pun ada (seperti yang digayakan oleh Hades), ada jugak yang gayakan style dreadlock. But the funny thing is, semua lelaki berambut panjang, tapi kenapa watak utama (Sam Worthington yang melakonkan watak Perseus) kepala almost botak? He is the only one yang berambut macam tu. Tak ke pelik? Hahah.


 

 

The LOL part #1 : Aku tak ingat cerita asal dulu macam mana, tapi memang serius satu panggung LOL bila Djinn kat desert tunggang kala jengking raksasa. Siap ada seat berbumbung lagi atas belakang kala jengking. Dah macam naik gajah pulak.

The LOL part #2 : The fact that Charon (dalam Greek mythology, Charon ialah tukang bawa si mati ke underworld dengan gunakan sampan/feri) boleh di'rasuah'. Dan yang bagi syiling untuk merasuah pulak is Zeus himself. Double LOL.

Itu lah sedikit sebanyak pandangan aku tentang filem ni. Aku tak kata filem ni tak bagus, aku enjoy, in fact, aku suka detail yang dipaparkan dalam filem ni.  As always, Hollywood memang marvel bab-bab CGI dan efek dalam filem. Cuma betul la, terlalu banyak yang diubah dari filem asalnya tahun 1981 dulu.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post