Ahad baru ni adalah hari menonton wayang bersama rakan-rakan, Rino dan Layzree. Sebelum pergi tengok wayang mesti la nak kena baca sinopsis dan sedikit review dari orang yang dah tengok. Sumber aku biasanya dari Lowyat.net. Jadi ini sedikit sebanyak review aku tentang filem Robin Hood.


Jalan cerita : Tak terlalu laju dan tak terlalu meleret. Aku rasa komposisi semasa adegan perang, adegan perbualan, semua seimbang.


Watak utama : Russell Crowe bawa watak Robin Longstride, pemanah dalam bala tentera Raja Richard the Lion Heart. Tapi sometimes aku terperasan watak dia dah jadi lebih kurang macam watak Jeneral Maximus yang dibawanya dalam filem Gladiator. The expression, the way he talk, well, let just say, it's 'Russell Crowe' style.

Persepsi awal : Ramai yang ingat filem ni tentang Robin Hood SELEPAS dia menjadi seorang outlaw. Yang sebetulnya, filem ni menceritakan BAGAIMANA Robin Longstride a.k.aRobin Hood menjadi seorang outlaw.

Latar cerita : Robin Hood semasa menjadi pemanah tentera Raja Richard, kemudian melarikan diri selepas kemangkatan Raja Richard dengan menyamar sebagai bangsawan bergelar Sir Richard Loxley. Memegang amanah untuk mengembalikan pedang Sir Richard Loxley kepada ayahnya di Nottingham, Robin terus tinggal di sana sehinggalah penjajahan tentera Perancis sampai ke England.

'Merry Men' : Kalau ikut cerita sebelum ni, Robin Hood survive dalam hutan Sherwood dengan dibantu oleh team yang digelar Merry Men. OK aku tau dari mana datangnya Lady Marion, Friar Tuck, Little John and so on, tapi aku tak paham budak-budak yang bersembunyi dalam hutan tu datang dari mana dan macam mana tiba-tiba boleh team up dengan Robin Hood. Dah la budak-budak tu tak bercakap sepatah pun.

Pemanah hebat : OK sebelum ni bila sebut je Robin Hood, mesti akan terbayang aksi pemanah hebat sampaikan anak panah dah terpacak, boleh panah lagi satu dah buat anak panah yang first tadi terbelah dua kan? At least itu yang aku bayangkan bila sebut nama Robin Hood.


Tapi nasib baik dalam filem ni aksi tu tak dibesar-besarkan. Yang ada pun cuma masa scene perang, scene panah terpacak ke leher Sir Godfrey dari jarak jauh, dan masa scene penghujung nak lekatkan notis kat pokok takde paku, tiba-tiba sebatang anak panah datang terpacak kat notis tu.

Overall, aku puas hati dengan tempo filem ni. Mudah diikuti. Cuma mungkin orang yang tak prepare akan pelik dengan perwatakan Robin Hood dalam filem ni. Terutamanya pada mereka yang expect filem ni adalah filem selepas Robin Hood menjadi outlaw.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post