Wooo kesempatan turun ke Bangi minggu lalu digunakan sepenunhnya untuk melayan tengok wayang bersama-sama rakan karib. Filem pilihan kitorang? Uish uish uish takkan la filem Cuti-Cuti Cinta pulak. Apa kelas. Filem Megamind la apa lagi. Layan bertiga je sebab yang lain-lain ada urusan yang tak dapat dielakkan selepas solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya.


Megamind berkisar tentang kisah 2 alien dari 2 planet yang berlainan yang akhirnya tercampak ke bumi lepas dihantar dari planet masing-masing oleh mak bapak diorang (mak bapak Megamind je la yang ditunjukkan send pun, yang lagi sorang taktau datang dari mana). Kira macam alkisah superhero Superman la dihantar ke bumi sebab planet dia nak musnah.


Bila sampai ke bumi, disebabkan penampilan pelik, semua orang pulaukan si Megamind ni, dan hanya fokuskan pada mamat lagi sorang tu je yang smart, hensem, bergaya, ada superpower coolgilagempaktakhengatpalingjimaaattttt dan sebagainya. Megamind ni pulak walaupun bijak genius cam lahanat tapi still kena pulau sebab inventionnya selalu lah gagal.


Jadinya disebabkan lebih rasa cool jadi orang jahat, maka dia pun mula buat kacau di Metro City. Mamat superhero pulak jadi penyelamat dan gunakan nama Metro Man. Macam-macam cara dia gunakan nak hapuskan Metro Man tapi gagal.


Satu hari tu, dia berjaya jugak hapuskan Metro Man. Tiba-tiba, dirasakan hidup dia kosong, tak bermakna, dunia bukan syurga oho ho ho ho eh termenyanyi pulak. Tapi...

Ehh aku nak kene cerita semua ke? Alamak spoil la kan kalo macam ni. Kalo nak tau, korang kena gi tonton la di cinema berhampiran.

Cumanya, moral yang nak disampaikan dalam filem ni, tak semestinya orang yang jahat akan kekal jahat dan dibenci oleh orang lain. Dalam kata lain, orang jahat pun akan boleh berubah jadi baik kalau diberi peluang dan kepercayaan selayaknya.


Dan jugak disebabkan sorang pompuan, orang yang jahat pun boleh cair.

Jangan budak-budak salah anggap tengok filem ni, sebab tak kisah mula-mula jadi jahat, sebab nanti kemudian boleh jadi baik lepas jumpa makwe dah la. Hahah.


Betul ke macam tu? Pandangan anda?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post