Filem Captain America: The First Avenger dah mula ditayangkan di Malaysia bermula 28 Julai 2011 (Khamis lalu), makanya aku pun tak ketinggalan la menonton filem ni malam tadi. Dan seperti mana tweet dan status Facebook aku malam tadi, tanpa ragu, filem Captain America: The First Avenger ni adalah filem superhero terbaik tahun ni bagi aku. Kenapa aku berkata macam tu? Inilah dia review dari aku :
Jalan cerita : Pada aku, inilah filem superhero antara yang paling true kepada jalan cerita komik. Aku boleh terima kalau jalan cerita dan origin diubah sikit untuk disesuaikan dengan realiti. After all, komik takkan mudah dijelmakan menjadi realiti dan mudah diterima akal kan? Jalan cerita bermula dengan penemuan perisai Captain America di Artik, terperangkap di dalam ais. Dan kemudian, cerita di'flashback' ke tahun 1942, sewaktu Perang Dunia Ke-2, 'timeframe' sebenar Captain America sepatutnya wujud.
Watak hero : Apa yang aku suka tentang jalan cerita Captain America The First Avenger ini, ialah di mana seorang pemuda biasa yang basically takde kualiti langsung untuk menjadi askar, akhirnya menjadi seorang yang disanjung dan ikon kepada tentera US dan Bersekutu. Bagaimana dia terpaksa menipu 5 kali semata-mata nak masuk jugak join askar dan berjuang untuk negara. Walaupun dia kurus kering dan sakit asma, tapi masih tetap berusaha nak masuk askar. Dibuli dengan teruk oleh orang sekelilingnya. Luckily, Dr, Erskine melihat sendiri kualiti yang ada pada diri Steve Rogers a.k.a Captain America ni, dan menawarkan dia satu prosedur yang akan menukarkan dia menjadi seorang Super Soldier.
Howard Stark : Seperti mana disebutkan oleh Nick Fury dalam filem Iron Man 2 kepada Tony Stark/ Iron Man, bapanya iaitu Howard Stark adalah salah seorang founding member S.H.I.E.L.D. Di dalam filem ini, ditunjukkan bagaimana Howard Stark terlibat dalam projek untuk menghasilkan seorang Super Soldier (dalam komik, projek ni dikenali sebagai Project Rebirth). Dan personanya? Sebiji dengan anaknya. Or should I say, like father like son? Haha.
Kostum : Pada mulanya memang agak skeptikal, macam mana diorang nak jelmakan kostum asal Cap dari komik tu ke layar perak. Sebab akan jadi sangat janggal bila Cap pakai kostum warna warni tu pergi perang. Tapi nampaknya, memang not bad. Lagipun dah dibagi teaser kostum klasik tu dipakai semasa Cap hanya jadi poster boy kempen untuk mengumpulkan dana Perang Dunia Kedua je. Bila Cap kata dia semacam dah familiar dengan kostum di atas pentas sebagai maskot kempen, barulah kostum yang lebih sesuai di medan perang dicipta khas oleh Howard Stark, siap dengan shield yang dibuat dari Vibranium.
Aksi : Cukuplah aku kata, takde satu scene pun yang buat aku kata "Alah boringnya, bila la nak habis ni". Serius. Memang takde. Unlike Thor, Transformers 3 dan Green Lantern, filem ni ada dalam liganya yang tersendiri. Even X-Men First Class pun pada aku dah dikalahkan oleh filem Captain America ni. Aku tak jumpa satu part pun yang buat aku tertanya-tanya. Dari mula filem sampai habis, memang aksi saja. Takda la scene bercakap je banyak, tunjuk seluar dalam awek macam Transformers 3. Heh.
Watak villain : Hugo Weaving (Agent Smith dalam The Matrix, Elrond dalam LOTR) memang superb sebagai Red Skull, musuh utama Cap. Seperti kebiasaan, Hugo Weaving memang tak mengecewakan dengan membawa watak Johann Schmidt a.k.a Red Skull. Dan effect wajah Red Skull? Damn cool. Barulah menakutkan sebagai ketua kepada Hydra. Hail Hydra! (sambil depangkan tangan ke depan. LOL)
Kesan khas : Aku kagum dengan teknologi yang digunakan untuk ubah watak Cap dari skinny kepada muscular. Memang 'believable' la kalau ditonton. Bukan CGI, memang actual aktor (Chris Evans), cuma dikecilkan saiz badan dan muka dicengkungkan je dalam komputer a-la Photoshop. Canggih betul.
Seperti mana filem-filem Marvel sebelum ni, filem ni juga menyediakan extra scene di akhir cerita (lepas credit). Teaser trailer untuk filem The Avengers. Kalau nak tengok, kenalah tunggu di akhir credit tu nanti. Tapi basically ia menunjukkan Avengers dah mula 'assemble' di markas S.H.I.E.L.D.
Kesimpulannya, pada aku, inilah filem superhero terbaik tahun ni. Tiada sangkal lagi dah. Berapa bintang aku nak bagi? Aku bagi 4.5/5 bintang. Tak boleh la 5/5 bintang, tu melampau namanya.
Hah, apa tunggu lagi, cepat-cepat la pergi menonton!
Post a Comment