Fuuuu lama betul aku ambik masa nak buat review ni. Asyik dok fikir je, nak buat ke tak, nak buat ke tak. Level of malas pun makin mencanak-canak. Apa, korang ingat aku sepanjang masa rajin? Heh.
Filem Green Lantern adalah adaptasi dari komik keluaran DC Comics. Superhero dari DC Universe yang satu ni memang lain sikit, keluar dari dunia sebenar. Atau dalam kata lainnya, out of this world. Sebab apa? Sebab superhero yang satu ni memang menjelajah sampai ke angkasa lepas la, sesuai dengan peranannya sebagai 'polis intergalaktik' yang mengawal Sektor 2814 daripada 3600 sektor di seluruh cakerawala. Seorang Green Lantern akan mengawal setiap sektor tersebut. Dan untuk filem ini, Sektor 2814 (Bumi) dikawal oleh Hal Jordan. Mari aku review sikit pasal filem ni.
Jalan cerita : Pada aku, jalan cerita filem ni agak rushing dan bercelaru. Sebab apa? Sebab terlalu cepat nak ceritakan macam mana Hal Jordan dapat kuasa Green Lantern. Tiba-tiba je Abin Sur (alien purple tu) dah cedera dan terhempas ke Bumi. Tiba-tiba je cincin tu dapat cari pengganti (Hal Jordan). Tiba-tiba je Hal Jordan dah dibawa terbang ke Planet Oa (markas utama Green Lantern Corps). Tiba-tiba je dia dah masuk kelas intensif penggunaan cincin Green Lantern dibantu oleh dua lagi Green Lantern (Kilowog dan Tomar-Re). Banyak betul tiba-tiba dalam filem ni kan?
Watak villain : Bila ada dua watak penjahat yang perlu orang fokus, of course penonton akan keliru. Lebih-lebih lagi bila pada mulanya orang ingatkan watak penjahat asal (yang kepala besar tu) akan jadi villain yang maha dahsyat powernya. Tup-tup, senang-senang je wataknya dimatikan, dan muncul watak villain yang sepatutnya iaitu Parallax (awan kuning - kuasa kepada ketakutan) tu. Hek eleh.
CGI : Yang ini aku takde komen apa-apa. Memang terbaik. Tip-top. Marvellous. Masa mula-mula imej teaser keluar dulu bilamana watak utama, Ryan Reynolds tampil dengan kostum CGI, aku skeptikal jugak. Tapi bila dah tengok sendiri dalam filem, aku boleh faham tentang view kostum Green Lantern dalam filem ni. Barulah boleh implement tentang elemen "power from the ring" kan. Kalau baju dengan kain fizikal biasa, macam tak logik pulak kalau baju tu boleh muncul dan hilang tiba-tiba.
Sinestro : Adakah ini hint bahawa dalam sequel nanti, Sinestro akan menjadi main villain? Sebab dalam filem, Sinestro telah berjaya mempengaruhi The Guardian (pencipta asal semua cincin Green Lantern) untuk menghasilkan cincin kuning (yellow power of fear) untuk menentang Parallax. Tetapi selepas Hal Jordan berjaya menumpaskan Parallax dengan membawanya ke arah matahari dan memusnahkan entiti tersebut. Tetapi di akhir filem, Sinestro menyarung cincin tersebut dan sutnya bertukar menjadi kuning. After all, di dalam filem pun, Sinestro memang musuh utama kepada Green Lantern pun.
Love interest : Apalah ertinya filem superhero tanpa watak heroin yang menarik ye tak? Dalam filem ini, Blake Lively ditampilkan sebagai Carol Ferris. Aku suka tengok minah ni. Lebih-lebih lagi dengan pencil skirt dia tu. Perlu ke aku cerita lagi kenapa? Haha.
Dan aku suka sentuhan di mana bila pertama kali Hal Jordan (dalam full costume Green Lantern) pergi berjumpa Carol, dan Carol takde masalah untuk recognize Hal Jordan di sebalik topeng yang dipakai. Pada aku, ini satu sentuhan sarkastik terutamanya untuk satu lagi watak DC Comics, Superman. Takkan la Lois Lane payah sangat nak perasan Clark Kent dengan dan tanpa cermin mata kan?
Jadi itulah sedikit sebanyak review aku tentang filem Green Lantern. Pada aku, filem ni masih sesuai ditonton dan tak memeningkan kepala sangat untuk difahami, walaupun pengarah cuba menyumbatkan segala benda dalam filem ni.
Post a Comment