Akhirnya, berjaya jugak melapangkan masa untuk diri sendiri bagi menonton filem Transformers 3 : Dark Of The Moon ni. Memandangkan aku menonton kedua-dua filem sebelumnya di pawagam, mana mungkin aku lepaskan peluang untuk menonton filem terakhir dalam trilogi garapan pengarah Michael Bay ni. Dan konklusinya?



Let just say, Michael Bay did a VERY GOOD job dalam 'membunuh' kenangan zaman kanak-kanak aku. Dari filem pertama, sampailah filem ketiga ni, aku totally dissapointed dengan filem Transformers di tangan Michael Bay. Kesan CGI dan special effects memang tak dinafikan top notch, tapi ada beberapa elemen yang mengecewakan aku. Antaranya :

Jalan cerita : Transformers sepatutnya menceritakan tentang Autobots vs Decepticons, itu sahaja. Tak perlu side story pasal Sam menempuh alam remaja, nak cope dengan family yang busy body, dengan percintaan. Nope. Tak perlu. Cukup sekadar Autobots lawan Decepticons. Robot baik lawan robot jahat. End of story. Tapi apa yang berlaku dalam filem ni? Masih lagi tentang Sam dan keluarga serta girlfriendnya. Dan tak habis-habis nak highlight the might of US military. Pfftt.

Karakter robot : Apa perlunya dibuat robot-robot tu semua ada ciri-ciri manusia? Robot ada beruban dan botak di tengah? Sentinel Prime ada janggut siap braided lagi tu? Robot Wreckers yang salah satunya berperut boroi? Robot dengan suara loghat orang kulit hitam? Apa ni Michael Bay? Let robots remain as robots la, no need buat macam manusia. Spoil la.

Rekabentuk robot : Again, ini memang aku kecewa dari filem pertama lagi. Apa, susah sangat ke nak buat design robot yang decent? Even bahagian muka (rupa) robot pun dibuat sesuka hati je. At least buat la senonoh sikit. Macam muka rumah tak siap je. Dan how come tiba-tiba Soundwave jadi kereta Mercedes SLS AMG pulak kali ni? Last time aku recall, Soundwave ialah sebuah satelit dalam filem kedua dulu?

Heroin : A big failure, I tell you. Selain daripada scene 'seluar dalam' di awal cerita, aku tak ingat apa fungsi dia yang lain sebenarnya. Annoying. Megan Fox pun tak annoying dalam dua filem sebelum ni. Dan apakejadahnya di akhir cerita, Optimus dan Autobots lain dengan dibantu oleh pasukan NEST pergi masuk ke bandar untuk bantu Sam selamatkan awek dia ni? Autobots dan NEST ni pergi selamatkan dunia dari serangan Sentinel Prime ke, nak bantu Sam selamatkan awek dia?

Babak pertarungan : Oh mai ini paling-paling rugi. Ironhide mati sia-sia di tangan Sentinel Prime, satu langkah yang tak bijak langsung oleh Michael Bay. Juga bagaimana watak-watak ikonik mati sia-sia tanpa babak pertarungan yang meyakinkan pun. Tiba-tiba Megatron terpengaruh dengan 'kata-kata perangsang' awek si Sam untuk belot kepada Sentinel Prime? Senangnya.

Shockwave dan cacing besi : Tapi apa-apapun, cacing besi yang datang bersama-sama dengan Shockwave memang bad-ass, walaupun tak signifikan dengan Shockwave dari siri kartun, dan cacing tu agak-agak dah macam nak sama pulak dengan filem Tremors.

Baguslah kalau ini filem terakhir Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay. Aku harapkan lepas ni ada la yang nak buat reboot filem Transformers ni dan buat filem yang senonoh sikit.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post