Satu lagi filem yang ditunggu-tunggu tahun 2013, Fast & Furious 6 telahpun berjaya ditonton. Kesinambungan daripada francais filem The Fast & The Furious ini sememangnya tak mengecewakan. Review dari aku?


Jalan Cerita : Filem ini menyambung apa yang berlaku selepas Fast 5. Dom dan teamnya menjalani hidup sendiri sebagai jutawan selepas berjaya melarikan duit jutaan ringgit daripada Reyes. Bila Hobbs (The Rock) menjejak semula Dom dan Brian, Dom dan pasukannya kena bantu Hobbs untuk tumpaskan penjahat. Habuannya? Rekod bersih untuk semua team Dom.

Kereta : Tak sah bercerita tentang Fast & Furious kalau tak melibatkan kereta. Opening cerita dah ditunjukkan scene perlumbaan kereta antara Dom dan Brian. Juga pelbagai kereta baru dan klasik ditonjolkan antaranya .....

Aksi : Sekali lagi filem ini menetapkan tahap aksi yang lebih tinggi dari filem sebelumnya. Kalau dalam Fast 5, hampir satu bandar musnah dikerjakan Dom dan Brian, kali ini kereta kebal dan pesawat kargo tentera pun musnah juga. Tu belum masuk berapa unit kereta BMW M5 yang hancur-lebur masa scene kejar-mengejar dengan penjahat utama, Owen Shaw (Luke Evans).

Han & Gisele : Favourite couple dalam filem ini. Semua orang dalam panggung sedih bila Gisele (Gal Gadot) mati sebab nak selamatkan Han (Sung Kang). Tapi pada aku watak Gisele memang perlu dimatikan sebab dalam Tokyo Drift nanti pun Han akan mati.

Roman & Tej : 2 watak penghidup suasana dalam filem ini. Dinamik dan humor yang ditampilkan kedua watak ini memang membuatkan satu panggung bergelak ketawa.

Agent Hobbs (The Rock) : Bagilah nama watak apa pun, orang tetap akan panggil beliau The Rock. Ada beberapa reference kepada arena wrestling dalam filem ini. Antaranya The Rock ada sebut tentang "Wall of Jericho" (gerakan penyudah Chris Jericho dalam wrestling) dan juga nama "Samoan Thor" dipaparkan di skrin telefon semasa Hobbs menelefon Tej.

Watak Penjahat : Owen Shaw (Luke Evans) mungkin agak kurang menonjol sebagai watak penjahat yang powerful. Cumanya penjahat ini ada kod prinsip sendiri, berbeza dengan Dom dan Brian yang mana kod prinsip mereka adalah keluarga didahulukan.

Jangan lupa tunggu semasa ending credit, kerana ada extra scene melibatkan Han. Rasanya semua dah sedia maklum yang Han akan mati dalam The Fast & The Furious : Tokyo Drift. Dalam scene akhir ini akan ditunjukkan siapa sebenarnya yang menyebabkan Han terbunuh. Dan dari nama wataknya, aku yakin ia ada kaitan dengan penjahat dalam filem Fast 6 ini.

Kepada sesiapa yang belum menonton, dan juga peminat francais filem The Fast & The Furious, jangan ketinggalan menonton filem ini. Gerenti tak menyesal punya. Tapi jangan lupa yang filem ini hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post