Dari pengarah Ron Howard, filem Rush ini membawakan kisah sebenar persaingan 2 orang pelumba hebat di litar Formula 1 – seorang playboy, James Hunt (lakonan Chris Hemsworth) dan pencabar utamanya, Niki Lauda (lakonan Daniel Brühl). 'Permusuhan' di atas litar lumba antara pelumba James Hunt dan Niki Lauda ini menampilkan pertembungan dua orang dengan karisma berbeza, dengan kedua-duanya berkongsi satu matlamat iaitu untuk mencapai kegemilangan, glamour dan kekayaan dalam sukan perlumbaan paling berprestij, Formula 1.
Chris Hemsworth (Thor dalam filem The Avengers) membawa watak pelumba British, James Hunt. Seorang yang berlagak dan playboy dan stail perlumbaan yang agresif. Manakala Daniel Bruhl (dari filem Inglourious Basterds) membawa watak pelumba Austria, Niki Lauda, seorang perfectionist yang melihat perlumbaan kereta sebagai bisnes dan merasakan dirinya lebih memahami bisnes perlumbaan Formula 1 berbanding orang lain.
Pada aku, filem ini adalah antara filem terbaik tahun ini. Hemsworth dan Bruhl menampilkan lakonan yang mengagumkan untuk kedua-dua watak pelumba Formula 1 ini. 'Permusuhan' kedua-dua pelumba ini ditampilkan dengan jayanya dalam filem ini. Kedua-duanya ditampilkan sebagai pelumba yang hebat. Tiada satu yang diangkat menjadi hero, kedua-duanya diangkat dengan kehebatan mereka yang tersendiri.
Korang tak perlu menjadi seorang peminat Formula 1 untuk menonton filem ini. Pergi tonton dan korang akan enjoy sebab tempo filem ini memang tak membosankan. Dan di penghujung filem ini juga ada ditampilkan video klip watak sebenar yang dilakonkan dalam filem ini. Kagum kerana pelakon benar-benar mengikut watak orang yang mereka bawakan. Dari segi rupa pun ada persamaan yang sangat ketara.
Post a Comment