Michael Bay Mungkin Akan Mengarahkan Filem Lobo
TheWrap melaporkan Warner Bros. dan DC Entertainment membayangkan Michael Bay sebagai pengarah untuk filem Lobo yang lama dalam pembikinan.

WB dilaporan memberi bayangan yang filem Lobo ini adalah 'jawapan' mereka terhadap filem Deadpool terbitan 20th Century Fox’s. Kedua-dua karakter merupakan watak anti-hero yang mempunyai peminatnya tersendiri. Deadpool mencatatkan rekod pecah panggung dengan kutipan USD783 juta.
Michael Bay mengarahkan filem pertamanya, Bad Boys selain turut mengarahkan kelima-lima filem Transformers, selain 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi, Pearl Harbor, Armageddon, dan Pain & Gain. Namun kini, Bay tidak terikat dengan mana-mana projek.
Dihasilkan pada 1984 oleh Roger Slifer dan Keith Giffen, Lobo merupakan pembunuh upahan Czarnian (asalnya Velorpian), yang merupakan watak anti-hero yang kebal, dengan menunggang motosikal kosmos merentas angkasa. Watak Lobo mempunyai peminatnya sendiri kerana pernah menentang watak-watak besar seperti Superman, Hal Jordan, Martian Manhunter, dan Deathstroke.

Post a Comment