Modal Filem Badang RM2.2 Juta, Tapi Kutipan Hanya RM74,148.67

Semenjak ditayangkan kepada umum pada 15 Februari lalu, filem yang menampilkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama ini telah dikecam hebat netizen.



BADANG mungkin hebat daripada segi promosi namun realitinya ia bukan pilihan kaki wayang.

Menurut Astro Awani, selepas 14 hari ditayangkan, filem adiwira arahan Datuk A. Razak Mohaideen itu menamatkan tayangannya  dengan jumlah kutipan sebanyak RM74,148.67, berbanding modal asal sebanyak RM2.2 juta. Jumlah kutipan itu berdasarkan sumber laman web Finas.

Kutipan ini sekali gus memadam harapan penerbitnya, FiTA Studio Sdn Bhd untuk melakar rekod pecah panggung bagi filem ini.

Tidak sekadar itu, menurut Internet Movie Database (IMDB), Badang telah menerima penilaian yang sangat rendah iaitu 1/10. Malah dikatakan kurang daripada 10 peratus penonton yang dikesan menyukai filem ini.

Semenjak ditayangkan pada 15 Februari lalu, filem yang menampilkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama ini dikecam hebat netizen yang rata-ratanya menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti filem ini.

Selain Aliff Syukri, filem  ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aminah Rhapor dan lain-lain.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post