Aktres Raja Ilya Kini Di Los Angeles Untuk Uji Bakat Marvel



Selepas lama berdiam diri dan menyimpan cerita persiapannya untuk uji bakat ini, aktres Raja Ilya mengumumkan yang kini dia berada di Los Angeles untuk uji bakat satu projek Marvel, namun tidak dinyatakan samada ianya adalah filem ataupun tidak. 

Raja Ilya, atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, berkongsi di laman Instagram miliknya yang dia akan berada di Los Angeles selama 2 minggu dan akan melalui beberapa siri uji bakat.  

"Selepas persediaan selama 6 bulan, akhirnya saya bersedia untuk memulakan perjalanan ini. Saya perlu memastikan yang saya akan sentiasa fit dan berusaha mendapatkan bentuk badan ideal sebagai syarat untuk terlibat dalam uji bakat berkenaan" menurut kenyataan Raja Ilya kepada BH Online.

Aktres filem Soulmate Hingga Jannah itu juga turut berkongsi, walaupun dirinya agak gemuruh apabila mendapat tahu yang proses uji bakat itu adalah sukar, dia akan cuba memberikan yang terbaik untuk merealisasikan impiannya untuk beraksi di pentas antarabangsa. 

Sebelum itu, aktres berusia 32 tahun itu tidak berkongsi apa-apa perkembangan berkaitan projek berkenaan memandangkan dia terikat kontrak dengan syarikat produksi tempatan sebelum ini. 

Raja Ilya berharap yang pengorbanannya akan membawanya lebih jauh dan mengangkat martabat bakat-bakat pelakon tempatan suatu hari nanti. 


Sumber CinemaOnline

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post