Cary Joji Fukunaga Akan Mengarahkan James Bond 25, Tayangan Dijadualkan Pada 2020

Selepas pengarah Danny Boyle mengundur diri, akhirnya penerbit filem James Bond 25, iaitu Michael G. Wilson, Barbara Broccoli dan Daniel Craig mengumumkan bahawa Cary Joji Fukunaga (True Detective, Beasts of No Nation) akan mengarahkan filem ke-25 James Bond itu. Produksi filem tersebut akan bermula pada 4 Mac 2019, dan dijangka ditayangkan pada 14 Februari 2020.



“We are delighted to be working with Cary. His versatility and innovation make him an excellent choice for our next James Bond adventure,” menurut Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli.

EON Productions dan Metro Goldwyn Mayer Studios (MGM) sebelum ini telah mencapai persetujuan dengan Universal Pictures untuk bekerjasama dalam pembikinan filem James Bond ke-25. Pemegang watak James Bond sebelum ini, Daniel Craig dikhabarkan akan kembali sebagai 007, walaupun ada khabar angin yang menyatakan watak itu akan berpindah ke tangan Henry Cavill.

Filem James Bond ke-24, Spectre, ditayangkan di pawagam pada 16 November 2015 dan mencatatkan kutipan sebanyak USD880.7 juta keseluruhannya si seluruh dunia. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post