Pernahkah anda mendengar kisah pengorbanan seorang lelaki tua memahat gunung berbatu untuk membuat jalan dari kampungnya ke hospital selama 22 tahun demi penduduk kampungnya di India? Kisah penuh berinspirasi itu kini telah diangkat sebagai filem bertajuk Manjhi- The Mountain Man oleh Ketan Mehta dan dibarisi pelakon seperti Nawazuddin Siddiqui dan Radhika Apte.
Menggarap kisah benar, filem ini membawa Manjhi masyhur ke seluruh dunia sekitar tahun 2015. Menurut laporan Hindustantimes, Dasrath Manjhi mula membelah gunung berbatu berkeluasan 300 kaki apabila terkilan kerana lewat membawa isterinya, Falguni ke hospital pada tahun 1959. Dia berasa sangat sedih kerana isterinya tidak dapat diselamatkan kerana lewat bertemu doktor, dan menyebabkan dia bekerja tanpa mengenal erti penat di sebuah kuari dan timbul idea untuk membina jalan dari kampung ke hospital.
Jelas portal itu, Manjhi mula menghabiskan masa selama 22 tahun memahat, memecah batu-batuan menggunakan kapak seorang diri sehinggakan orang kampung mengatakan dirinya gila.
Tidak mengendahkan kutukan dari orang kampung, akhirnya, Manjhi berjaya mengurangkan jarak 70 kilometer dari Gehlaur ke Wazirgang, dan kini hanya tinggal jarak jalan satu kilometer dari kampungnya ke hospital.
Difahamkan, Dasrath Manjhi mendiami perkampungan terpencil di Bihar dengan kehidupan serba kekurangan.
Tiada bekalan elektrik mahupun bekalan air, masyarakat di sini hidup serba daif dan berlaku penindasan atas faktor kasta.
Sementara itu, Manjhi telah meninggal dunia pada pada 2007 akibat kanser dan sempena status lagenda di Bihar, nama Dasrath Manjhi Dwar diabadikan pada pintu masuk dan jalan kampung tersebut.
Post a Comment