Pengarah Black Panther Akan Menerbitkan Filem Sambungan Space Jam, Dibintangi LeBron James

Setelah beberapa tahun perancangan, nampaknya akan ada sambungan kepada filem aksi hidup + animasi, Space Jam bakal dihasilkan. Syarikat produksi milik bintang bola keranjang, LeBron James telah memeterai usahasama dengan Warner Bros. untuk menghasilkan filem Space Jam 2. Pengarah filem Black Panther, Ryan Coogler pula akan bertindak sebagai  penerbit.



Merupakan sambungan kepada filem Space Jam (1996), yang menampilkan legenda NBA, Michael Jordan, Bugs Bunny dan watak-watak Looney Tunes bertarung dengan makhluk asing yang menculik mereka dalam satu perlawanan bola keranjang untuk mendapatkan kebebasan. Filem Space Jam mencatatkan kutipan USD250 juta dan kekal sebagai filem bola keranjang paling berjaya dalam sejarah.

LeBron James telah berkali-kali menyatakan minatnya sebelum ini untuk menghasilkan filem sambungan tersebut, dan terus menyatakan persetujuan selepas mengetahui tentang projek berkenaan. Terence Nance akan mengarahkan filem Space Jam 2, selepas Justin Lin yang sebelum ini disebut-sebut sebagai pengarah, menarik diri di saat akhir disebabkan pertindihan jadual penggambaran.

Memetik kenyataan LeBron James dari The Hollywood Reporter :

"The Space Jam collaboration is so much more than just me and the Looney Tunes getting together and doing this movie. It's so much bigger. I'd just love for kids to understand how empowered they can feel and how empowered they can be if they don't just give up on their dreams. And I think Ryan did that for a lot of people."

Seperti filem Space Jam, sudah tentunya filem Space Jam 2 ini juga akan menampilkan banyak penampilan khas dari selebriti sukan bola keranjang. Walau bagaimanapun, tarikh tayangannya masih belum ditetapkan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post