Tarikh Tayangan Filem Baru Hellboy Dilewatkan?
Lionsgate baru sahaja mengumumkan yang filem reboot Hellboy, dibintangi David Harbour (Stranger Things) telah dilewatkan tiga bulan dari tarikh asal. Filem yang awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 11 Januari 2019, kini ditukar ke 12 April 2019.
Menurut Harbour tentang wataknya sebagai Hellboy :
“He has a heart that’s really good and with a lot of this crusted-over stuff. What I’m dealing with in Hellboy is a lot different, bigger in a certain way. It’s very Shakespearean. It’s demons and witches and stuff like that. But it has a similar core to a dude who’s trapped in horrible circumstances who’s just trying to be a good guy.”
David Harbour akan melakonkan watak utama sebagai Hellboy, di samping Ian McShane (Deadwood, American Gods) sebagai Professor Trevor Bruttenholm, Milla Jovovich (The Fifth Element, Resident Evil) sebagai Nimue/ Blood Queen, Sasha Lane (American Honey) sebagai Alice Monaghan, Penelope Mitchell (Hemlock Grove) sebagai Ganeida, dan Daniel Dae Kim (Hawaii Five-0, LOST) sebagai Mejar Ben Daimio.
Filem ini akan diarahkan oleh Neil Marshall (The Descent, Game of Thrones) daripada skrip olahan Andrew Cosby (Eureka), Christopher Golden dan pencipta watak Hellboy, Mike Mignola.
Post a Comment