Legendary Pictures Mengucapkan Selamat Hari Lahir Untuk Godzilla!
Peminat watak Godzilla sudah tidak sabar menantikan filem terbaru menampilkan Godzilla, iaitu Godzilla: King of the Monsters, tetapi beberapa hari lalu, Godzilla menyambut 'hari kelahiran'nya.
Legendary Pictures telah berkongsikan di laman Twitter rasminya untuk mengucapkan tahniah untuk ulangtahun 'kelahiran' Godzilla ke-64, yang membuat kemunculan pertama di layar perak pada 3 November 1954. Keseluruhan mesej berkenaan boleh dibaca di bawah :
Godzilla sememangnya satu watak ikonik yang telah mewujudkan beberapa siri dan pengkisahan baru sejak sekian lama, seperti Godzilla: Aftershock, Godzilla: City on the Edge of Battle, Godzilla dan yang terbaru, Godzilla: King of the Monsters.
Godzilla: King of the Monsters akan menampilkan watak-watak raksasa klasik seperti Rodan, Mothra dan King Ghidorah, antara watak-watak raksasa yang sememangnya sinonim dengan legasi Godzilla.
Diarahkan oleh Michael Dougherty, Filem sambungan ini akan menampilkan pelakon seperti Vera Farmiga (Up in the Air, The Conjuring), Ken Watanabe (The Last Samurai), Sally Hawkins (Blue Jasmine), Kyle Chandler (The Wolf of Wall Street, Manchester by the Sea), Millie Bobby Brown (Stranger Things), Bradley Whitford (Get Out), Thomas Middleditch (Silicon Valley), Charles Dance (Game of Thrones), O’Shea Jackson Jr. (Straight Outta Compton), Aisha Hinds (Star Trek Into Darkness), dan Zhang Ziyi (Memoirs of a Geisha, Crouching Tiger, Hidden Dragon).
Filem terbaru ini menampilkan usaha agensi kripto-zoologikal, Monarch yang berusaha menentang raksasa-raksasa purba yang telah muncul kembali, seperti Godzilla, yang bertempur dengan Mothra, Rodan, dan seteru utamanya, raksasa berkepala tiga yang digelar King Ghidorah. Kesemua raksasa ini bertarung untuk siapa yang lebih berkuasa, dan mengancam manusia untuk pupus.
Godzilla: King of Monsters telah dijadualkan untuk tayangan pada 31 Mei 2019, manakala Godzilla vs. Kong pula dijadualkan untuk tayangan pada 20 Mei 2020.
Post a Comment