Siri TV Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D. Diperbaharui Untuk Musim Ke-7

Peminat siri TV Marvel, Agents of S.H.I.E.L.D. umum mengetahui yang siri TV berkenaan akan kembali untuk musim ke-6 pada tahun 2019. Kini telah ada pengesahan yang menyatakan watak seperti Daisy Johnson dan rakan-rakannya dari siri TV berkenaan akan terus kekal sekurang-kurangnya sehingga musim ke-7. Perkara ini disahkan sendiri oleh Marvel.



Berita ini sudah tentunya mengejutkan, kerana dikhabarkan sebelum ini yang Agents of S.H.I.E.L.D. musim ke-6 akan menjadi musim terakhir siri TV Marvel tersebut.

Agents of S.H.I.E.L.D. musim ke-7 menampilkan semula Chloe Bennet sebagai Daisy Johnson/Quake, Ming-Na Wen sebagai Melinda May, Iain De Caestecker sebagai Leo Fitz, Elizabeth Henstridge sebagai Jemma Simmons, Henry Simmons sebagai Alphonso “Mac” Mackenzie, Natalia Cordova-Buckley sebagai Elena “Yo-Yo” Rodriguez, dan Jeff Ward sebagai Deke Shaw.

Clark Gregg yang memainkan watak ejen Phil Coulson tidak tersenarai dalam barisan pelakon. Bermula kemunculan dalam filem Iron Man sehingga menjadi tumpuan peminat, watak Coulson 'dimatikan' dalam filem The Avengers akibat ditikam oleh Loki. Tidak lama selepas itu, watak Coulson dihidupkan semula dalam siri TV Agents of S.H.I.E.L.D. bermula tahun 2013. Walau bagaimanapun dalam musim terbaru, suatu perjanjian dengan Ghost Rider menyebabkan watak Coulson mati sekali lagi. Walaupun tiada berita samada Coulson akan kembali ataupun tidak, pelakon Clark Gregg akan kembali untuk episod pertama Agents of S.H.I.E.L.D. musim ke-6 sebagai pengarah.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post