Saksikan Trailer Terbaru Elseworlds - Crossover Siri TV Terbitan The CW!
Sebelum tayangan perdana siri crossover Elseworlds yang dijadualkan pada Ahad ini, saluran The CW telah memperlihatkan trailer terbaru (dan lebih panjang) untuk crossover mereka untuk tahun ini, menampilkan konflik terbaru dihadapi pelbagai watak dalam siri TV terbitan mereka (iaitu Arrow, The Flash dan Supergirl). Saksikan trailer tersebut di bawah :
The CW menetapkan tarikh tayangan crossover tahunan siri TV Arrow itu yang akan berlatarkan Gotham City, dan akan dimulakan pada 9 Disember 2018 dengan The Flash, seterusnya disusuli dengan Arrow pada 10 Disember 2018, dan diakhiri dengan Supergirl pada 11 Disember 2018. Siri TV Legends of Tomorrow tidak termasuk dalam senarai crossover pada tahun ini.
Siri crossover itu akan dibintangi oleh Stephen Amell sebagai Oliver Queen/ Green Arrow, Melissa Benoist sebagai Kara Danvers/ Supergirl, Grant Gustin sebagai Barry Allen/ The Flash di samping pelakon seperti Ruby Rose sebagai Kate Kane/ Batwoman, Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent/ Superman, Elizabeth Tulloch sebagai Lois Lane, Jeremy Davies sebagai Dr. John Deegan, Bob Frazer sebagai Roger Hayden/ Psycho Pirate dan Cassandra Jean Amell sebagai Nora Fries.
Cerita ini akan menandakan kemunculan pertama Ruby Rose sebagai Kate Kane, ataupun Batwoman. Walaupun Kate merupakan sepupu kepada Bruce Wayne dalam komik DC, watak Batman dijangkakan tidak akan muncul dalam mana-mana siri terbitan The CW buat masa ini. Walau bagaimanapun, telah disahkan sebelum ini dalam siri TV Arrow tentang kewujudan Batman, dan pernah disebut oleh Oliver Queen dalam salah satu siri Arrow musim terdahulu.
Post a Comment