Akhirnya Penggabungan Disney Dan 20th Century Fox Selesai Dimuktamadkan!
Sejak 2017 lagi kami telah berkongsikan berita pembelian 20th Century Fox oleh Disney. Walaupun mengambil masa yang agak lama berbanding jangkaan awal, akhirnya penggabungan Disney dan 21st Century Fox selesai dilaksanakan! Ini bermakna kembalinya hak penerbitan filem bagi watak-watak utama Marvel seperti X-Men dan Fastastic Four menjadi hak milik Disney!
Disney memulakan inisiatif pengambilalihan Fox sejak Disember 2017 lagi. Dari itu, Disney menawarkan USD52.4 bilion untuk hampir kesemua aset hiburan milik for Fox. Walau.bagaimanapun, Disney terpaksa berhadapan dengan persaingan dariComcast. Gergasi siaran kabel itu membuat tawaran mereka sendiri sebanyak USD65 bilion pada Mei 2018. Disney akhirnya berjaya dalam penawaran tersebut dengan tawaran akhir pengambilalihan sebanyak USD71.3 bilion.
Walau bagaimanapun, tidak semua aset Fox akan diambilalih oleh Disney. Disney hanya mengambilalih 20th Century Fox dan senarai filem dibawahnya, selain daripada FX, National Geographic, dan beberapa saluran kabel. Semua hak penerbitan Marvel yang sebelum ini dikawal Fox kini boleh digunakan untuk projek Marvel Studios akan datang, seperti Deadpool, X-Men dan Fantastic Four.
Penggabungan ini sudah tentunya menggembirakan peminat filem Marvel yang sememangnya menantikan watak-watak kegemaran mereka muncul dalam filem Marvel Studios. Malah, bintang filem Deadpool, Ryan Reynolds juga berkongsikan kegembiraannya melalui satu tweet di laman sosial peribadinya.
Adakah anda gembira dengan penggabungan ini? Kongsikan komen ada di bawah.
Post a Comment