Beberapa Siri TV Disahkan Untuk Saluran Penstriman Disney+ - Termasuk Vision and Scarlet Witch Dan Falcon and Winter Soldier

Dengan watak yang terlampau banyak dan latar cerita yang pelbagai, tidak semua watak dari komik Marvel boleh difilemkan menjadi filem solo. Tetapi dengan adanya saluran penstriman baru dari Disney, dikenali Disney+, watak-watak ini akan ditampilkan melalui siri TV. Ketika pembentangan Disney Investor Day 2019, syarikat itu telah secara rasminya mengumumkan beberapa siri TV mereka.

Antaranya, Elizabeth Olsen dan Paul Bettany akan menyambung watak mereka dalam siri Vision and Scarlet Witch, dan diberi tajuk WandaVision. Juga disahkan adalah penampilan Anthony Mackie dan Sebastian Stan untuk siri Falcon and Winter Soldier.


CEO Marvel Studios, Kevin Feige turut mengesahkan penghasilan siri animasi What If?, yang berdasarkan kepada siri komik Marvel dengan tajuk yang sama, yang mengolah kebarangkalian sekiranya apa yang berlaku merupakan di sebalik kepada apa yang ditampilkan dalam komik arus perdana Marvel, di mana Peggy Carter akan menjadi fokus utama dalam siri pertama, sekiranya dia yang menerima suntikan serum Super Soldier Serum dan bukannya Steve Rogers.

Tom Hiddleston pula akan tampil dengan siri Loki. Walau bagaimanapun, Feige tidak memberikan pengesahan berkaitan siri Hawkeye. Kesemua siri TV berkenaan akan mengandungi 6 ke 8 episod, dan Disney+ masih belum memberikan tarikh sebenar tayangan kesemua siri tersebut.

Saluran Disney+ akan dilancarkan pada 12 November 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post