Siapakah Yang Patut Menggantikan Harrison Ford Sebagai Indiana Jones? Ini Jawapan Dari Ford
Dalam arena perfileman terutamanya di Hollywood, filem-filem lama yang dibikin semula (samada versi reboot atau penyenaraian pelakon baru) bukanlah sesuatu yang asing. Filem Indiana Jones misalnya, yang sinonim dengan Harrison Ford sebagai Indy. Pada tahun 2015, terdapat khabar angin yang menyatakan Chris Pratt berkemungkinan mengambil alih teraju untuk watak utama Indiana Jones, namun tidak diteruskan, dan oleh itu, fokus diteruskan untuk penyatuan kerjasama antara Harrison Ford dan Steven Spielberg untuk filem terbaharu Indiana Jones. Tambahan pula, Harrison Ford sendiri masih belum bersedia menyerahkan watak Indy kepada pelakon lain. Memetik kenyataannya dalam satu wawancara :
"Nobody else is gonna be Indiana Jones! Don’t you get it? I’m Indiana Jones. When I’m gone, he’s gone. It’s easy... This is a hell of a way to tell Chris Pine (Pratt) this."
Ford sudah tentunya akan kekal dikenali sebagai Indiana Jones hasil dari 4 filem Indiana Jones lakonannya. Sejujurnya, kami sendiri pun tidak dapat menerima sekiranya watak ikonik seperti Indy digantikan oleh pelakon lain. Sudah tentu nampak janggal dan tidak kena pada tempatnya.
Nantikan perkembangan terbaru filem Indiana Jones terbaharu dari kami.
Post a Comment