Siapakah Watak Antagonis Yang Bakal Muncul Dalam Filem Black Panther 2?

Dalam filem Black Panther pertama, T’Challa (lakonan Chadwick Boseman) berjaya menjadi pemerintah Wakanda dan mendapat kuasa Black Panther selepas mengalahkan Erik Killmonger (lakonan Michael B. Jordan) dan M’Baku (Winston Duke). Black Panther juga muncul semula dalam filem Avengers: Endgame selepas bertukar menjadi debu selepas petikan jari Thanos dalam filem Avenger: Infinity War.


Filem Black Panther 2 yang masih belum diberi tajuk rasmi itu, kini dikhabarkan dalam proses pra-produksi dan walaupun perinciannya masih belum jelas, dimaklumkan yang plot filem Black Panther 2 akan berkisar kepada situasi di mana Wakanda menerima ancaman dari pemerintah kerajaan lain yang cuba mengambil alih tampuk pemerintahan Wakanda. Walaupun belum didedahkan oleh Marvel, ada ura-ura menyatakan yang Marvel Studios telah memilih Namor untuk ditampilkan sebagai watak antagonis utama dalam filem Black Panther 2. Adakah ini bermakna Namor akan cuba mengambil alih pemerintahan Wakanda dan menjadi pemerintah utama di Wakanda? Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru nanti. 

Jika terbukti benar, ini bermakna untuk pertama kalinya watak Namor akan ditampilkan di layar perak dalam filem Black Panther 2 arahan Ryan Coogler.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post