Episod Terakhir Siri TV Arrow Selesai Penggambaran - Bakal Ditayangkan Pada Januari 2020


Episod terakhir bagi musim ke-8 (dan musim tterakhir) siri TV Arrow terbitan The CW bakal ditayangkan pada Januari 2020, dan dilaporkan yang ianya telahpun selesai menjalani penggambaran. Selepas lapan musim, akhirnya siri TV Arrow akan ditamatkan secara rasminya.

Walaupun penggambaran episod terakhir berkenaan hanya selesai dilaksanakan hari ini (semalam menurut waktu Malaysia), beberapa orang pelakon utama siri TV tersebut telahpun berkongsi ucapan selamat tinggal lebih awal di laman sosial masing-masing, termasuklah Juliana Harkavy (yang melakonkan watak Dinah Drake), Grant Gustin (melakonkan watak The Flash) dan Melissa Benoist (yang melakonkan watak Supergirl, yang turut merakamkan penghargaan kepada siri tersebut. Apatak lagi siri TV Arrow merupakan platform yang bertanggungjawab dan 'membuka jalan' terhadap penghasilan spin-off siri TV The Flash dan juga Supergirl.

Stephen Amell, yang bertanggungjawab menghidupkan watak Oliver Queen/ Green Arrow telah berkongsikan lebih awal, iaitu seawal Mac tahun ini, tentang musim terakhir siri TV Arrow. Minggu lepas, beliau berkongsikan berita yang beliau sedang bersedia untuk merakamkan adegan terakhirnya dengan hud ikonik hijau yang digayakan oleh Green Arrow dalam siri TV tersebut.

Episod terakhir Arrow akan ditayangkan pada 28 Januari 2020 dan diberi tajuk “Fadeout.

Farewell, Green Arrow.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post