Siri Disney+ The Falcon and the Winter Soldier Telah Mulakan Penggambaran


Selepas diumumkan dalam acara D23 tidak lama dahulu, akhirnya salah satu siri yang diumumkan untuk saluran Disney+, iaitu The Falcon and the Winter Soldier akhirnya telahpun memulakan penggambaran, dengan Anthony Mackie dan Sebastian Stan masing-masing menyambung kembali watak mereka dari filem. Berita ini disahkan oleh showrunner Malcolm Spellman, yang berkongsikan di laman Instagram miliknya.

BERKAITAN : Baron Zemo Dan Sharon Carter Bakal Muncul Semula Dalam Siri Disney+, Falcon And Winter Soldier

The Falcon and the Winter Soldier merupakan siri Disney+ pertama Marvel Studios. Selain Mackie dan Stan, siri berkenaan turut akan menampilkan semula Daniel Brühl, yang melakonkan watak Helmut Zemo dan filem Captain America: Civil War (2016), dan Emily VanCamp yang akan melakonkan watak Sharon Carter. Watak baru yang ditampilkan untuk siri Disney+ berkenaan adalah Wyatt Russell sebagai John Walker, di mana dalam komik, beliau menjadi Super-Patriot sebelum dikenali sebagai US Agent sebagai identiti barunya.

The Falcon and the Winter Soldier akan hanya mempunyai 6 episod, dan diarahkan oleh Karl Skogland. The Falcon and the Winter Soldier akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+ pada tahun 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post