Akhirnya Terjawab Persoalan Bagaimana Captain America Layak Mengangkat Mjolnir Dalam Filem Avengers: Endgame


Kebanyakan adegan dalam filem-filem MCU diterjemahkan terus dari panel komik Marvel. Maka tidak hairanlah jika peminat menjadi sangat teruja apabila dalam filem Avengers: Age of Ultron, digambarkan yang Captain America berupaya 'menggerakkan' Mjolnir (walaupun tidak mampu mengangkatnya secara penuh), kerana dalam komik, Captain America sememangnya layak mengangkat Mjolnir. Akhinya, impian para peminat komik Marvel menjadi kenyataan dalam filem Avengers: Endgame. Bukan sahaja mampu mengangkat Mjolnir, malah Captain America menggunakannya lebih hebat dari Thor! Tapi, kenapa Captain America tak dapat mengangkat Mjolnir dalam Avengers: Age of Ultron?



Persoalan tersebut kini dijawab secara rasmi oleh penulis Avengers: Endgame, Christopher Markus dan Stephen McFeely. Dalam acara khas Quarantine Watch Party baru-baru ini yang dihoskan oleh portal ComicBook, mereka berdua ditanya adakah sebenarnya Captain America mampu untuk mengangkat Mjolnir dalam Avengers: Age of Ultron. Berikut adalah jawapan mereka:


Selain itu, video Robert Downey Junior di hari akhir penggambaran selepas babak ikonik "I Am Iron Man" sebelum petikan jari menewaskan Thanos turut diperlihatkan.


Kedua-dua penulis lakon layar tersebut turut berkongsikan beberapa nama yang dicadangkan sebagai pengganti Captain America, yang pada awalnya bertukar tangan kepada Bucky Barnes (seperti mana komik Marvel). Tetapi akhirnya, keputusan dibuat untuk memilih Sam Wilson/ Falcon sebagai pilihan terbaik.
Akhirnya, Anthony dan Joe Russo berkongsikan video belakang tabir hari terakhir Chris Evans di set, melakonkan watak sebagai Captain America dalam MCU. Evans telah melakonkan watak Steve Rogers/ Captain America sejak tahun 2011 melalui filem Captain America: The First Avenger.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post