Filem John Wick Boleh Distrim Secara Percuma Di Youtube


Sebagai cara untuk meningkatkan kesedaran terhadap petugas-petugas pawagam yang terkesan akibat wabak COVID-19, studio perfileman Lionsgate akan menayangkan beberapa filem mereka di YouTube secara percuma, termasuk John Wick.


Dikenali sebagai acara Lionsgate Live! A Night at the Movies, siaran berkenaan akan bermula pada 17 April.

Menurut laporan The Hollywood Reporter (THR), filem pertama yang akan ditayangkan adalah The Hunger Games lakonan Jennifer Lawrence, disusuli filem Dirty Dancing lakonan Patrick Swayze dan Jennifer Grey pada 24 April.

Seterusnya, filem yang memenangi Anugerah Oscar lakonan Emma Stone dan Ryan Gosling, iaitu La La Land yang akan ditayangkan pada 1 Mei, disusuli selanjutnya oleh filem John Wick lakonan Keanu Reeves pada 8 Mei.

Aktres Jamie Lee Curtis akan bertindak sebagai hos untuk live stream berkenaan yang merupakan kerjasama antara Youtube, Lionsgate, Fandango dan National Association of Theatre Owners, dan bertujuan untuk menggalakkan para penonton menyumbang kepada Will Rogers Motion Picture Pioneers Foundation.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post