Trailer Musim Ke-7 Siri TV Agents Of S.H.I.E.L.D. Diperlihatkan
Trailer rasmi musim ke-7 (dan musim terakhir) siri TV Agents of S.H.I.E.L.D. kini diperlihatkan! Siri TV Marvel ini menampilkan semula ejen Coulson dan pasukan S.H.I.E.L.D., di mana dalam episod terakhir musim terdahulu, kesemua mereka dihantar balik ke masa silam, iaitu ke bandaraya New York di tahun 1931. Saksikan trailer musim ke-7 siri TV Agents of S.H.I.E.L.D. tersebut di bawah :
Agents of S.H.I.E.L.D. telah menyelesaikan penggambaran sebelum wabak COVID-19 melanda dan menyebabkan kebanyakan aktiviti penggambaran terpaksa ditangguhkan.
Agents of S.H.I.E.L.D. dibintangi oleh Clark Gregg (sebagai ejen Phil Coulson), Ming-Na Wen (sebagai ejen Melinda May), Chloe Bennet (sebagai Daisy Johnson/ Quake), Iain De Caestecker (sebagai ejen Leo Fitz), Elizabeth Henstridge (sebagai ejen Jemma Simmons), Henry Simmons (sebagai ejen Alphonso “Mack” MacKenzie), dan Natalia Cordova-Buckley (sebagai ejen Elena “Yo-Yo” Rodriguez).
Musim terakhir Agents of S.H.I.E.L.D. juga akan menandakan berakhirnya Marvel Television, yang telah diambil alih oleh Marvel Studios selepas Kevin Feige mengambil alih peranan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Marvel, memberikan Feige kawalan penuh terhadap produk Marvel di layar TV. Walaupun siri Agents of S.H.I.E.L.D. bakal berakhir, Ming-Na Wen (melakonkan watak Melinda May) dalam siri berkenaan memberikan bayangan yang watak berkenaan bakal muncul dalam projek-projek lain Marvel di masa akan datang.
Musim ke-7 siri TV Agents of S.H.I.E.L.D. akan ditayangkan bermula 27 Mei ini di saluran ABC.
Post a Comment