Berita ini sudah tentunya membuat peminat Marvel ternanti-nantikan versi Marvel Studios untuk watak The Man Without Fear tersebut


Sebelum ini, pengumuman pelancaran saluran penstriman sendiri oleh Disney, diberi nama Disney+, menyebabkan beberapa siri Marvel TV di Netflix telah dibatalkan. Antara yang terkesan adalah siri Daredevil, yang ketika itu baru sahaja memasuki musim ketiga tayangan. 


Kini, pendedahan terbaharu mengesahkan yang tinggal kurang dari 6 bulan sahaja lagi sebelum hak tayangan Daredevil kembali berpatah balik kepada Marvel Studios. 

Walaupun watak Daredevil secara rasminya dimiliki oleh Disney, namun perjanjian terdahulu antara Marvel Television dan Netflix telah membolehkan Netflix mempunyai hak penstriman eksklusif terhadap apa jua kandungan yang menampilkan watak berkenaan selama 2 tahun.  


Kini, telah 18 bulan berlalu, dan tidak lama lagi hak eksklusif watak Daredevil akan kembali kepada Marvel Studios. Di media sosial pula, tanda pagar #SaveDaredevil sedang giat digunakan oleh peminat siri Netflix Daredevil, yang sebelum ini dibatalkan selepas hanya 3 musim ditayangkan, yang dikatakan berpunca akibat pelancaran saluran penstriman Disney+. 

Sehingga kini, lebih dari 350,000 peminat telah menandatangani petisyen untuk 'memujuk' Marvel Studios menghidupkan semula siri TV Daredevil. Jika benar Marvel Studios mendengar keluhan peminat dan menghidupkan semula siri TV berkenaan, sudah tentunya Marvel akan menggunakan peluang ini untuk menghasilkan Daredevil versi reboot mengikut acuan mereka sendiri. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post