Berita mengejutkan melanda dunia hiburan di Jepun apabila pelakon terkenal negara tersebut, Haruma Miura dilaporkan meninggal dunia pada usia 30 tahun, dipercayai akibat membunuh diri.
Menurut beberapa laporan oleh media antarabangsa, pelakon yang popular dengan drama televisyen Last Cinderella itu ditemukan mati di rumahnya dalam keadaan tergantung pada Sabtu sekitar jam 1 petang waktu tempatan. Miura telah dihantar ke hospital, namun malangnya gagal diselamatkan.
Miura sebelum ini terkenal apabila pernah tampil dalam drama televisyen seperti Bloody Monday, Last Cinderella, dan Gokusen, serta filem termasuk Koizora, Eien no Zero, dan Attack on Titan.
Sebelum kejadian tersebut, Miura dijadualkan untuk berjumpa dengan seseorang untuk urusan kerja namun tidak muncul.Kejadian inilah yang membawa kepada penemuan mayat Miura di rumahnya.
Di media sosial, rata-rata peminat Miura terkejut dengan berita pemergian pelakon tersebut. Di Twitter khususnya, kata kunci Haruma Miura kini trending kerana peminat yang masih terkejut dengan pemergian pelakon tersebut
Post a Comment