Namun Monsta tidak berhenti sekadar di situ, kerana studio tersebut turut dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy ke kaca-kaca televisyen di Turki. Kesemua filem dan siri animasi tersebut turut akan dialih bahasa ke dalam Bahasa Turki, supaya para penonton dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi.
Francais animasi BoBoiBoy yang kian popular ini telah berjaya menembusi pasaran hiburan di lebih 70 buah negara seperti di Asia Tenggara, India, dan MENA (Middle East and North Africa), dan kini Turki bakal menjadi medan baharu bagi francais ini untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara yang berhampiran.
Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad. Syarikat ini dikenali dengan francais animasi popular BoBoiBoy, Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan juga siri animasi akan datang yang amat dinantikan iaitu Mechamato. BoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih 5 bilion tontonan di YouTube sehingga hari ini.
Monsta komited dalam menerajui usaha pengeksportan animasi Malaysia yang berkualiti tinggi, dan berharap dengan ketibaan BoBoiBoy di Turki, jutaan penonton baharu akan dapat menikmati siri animasi tersebut yang sarat dengan aksi, komedi, dan hiburan untuk seisi keluarga.
Post a Comment