BoBoiBoy Galaxy Card telah menjadi fenomena yang kian menular di seluruh negara dengan lebih 20 juta kad dihasilkan setakat ini. Kini, Monsta mengumumkan barisan produk terbaharu bagi permainan kad kegemaran ramai yang akan memasuki pasaran bermula 28 September 2020. Koleksi baharu ini menampilkan Pek Impak dan Starter Deck, serta aksesori baharu iaitu Deck Box, dan Arena Mat.

Para peminat BoBoiBoy Galaxy Card pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki 54 kad eksklusif terbaharu dengan pelbagai efek luar biasa, untuk melengkapkan koleksi mereka. Pek itu menampilkan watak-watak ikonik dari siri BoBoiBoy Galaxy seperti Tok Kasa, Maskmana, Man Ramen serta watak-watak baharu seperti Qually, Jaguh Lang, dan Professor Utan dengan gaya lukisan komik 2D yang memukau. Setiap paket juga mengandungi kad baharu iaitu ‘Kad Osom’ yang boleh digunakan sebagai pengganti fasa ‘osom’ di awal setiap pusingan, sekaligus membawa sedikit kelainan kepada corak permainan BoBoiBoy Galaxy Card.


Bagi pemain baharu yang ingin menceburi permainan BoBoiBoy Galaxy Card, Monsta turut melancarkan Starter Deck yang mengandungi 3 kad istimewa, 20 kad normal dan sekeping Arena Mat eksklusif. Dengan Starter Deck ini, para pemain baharu dibekalkan dengan set yang lengkap bagi memudahkan mereka untuk mula bermain bersama rakan-rakan dan memenangi perlawanan BoBoiBoy Galaxy Card mereka yang pertama.


Selain Pek Impak dan Starter Deck, Monsta turut melancarkan dua aksesori baharu. Para pemain boleh menyusun atur kad-kad mereka di dalam Deck Box BoBoiBoy Galaxy Card dan bertarung dengan penuh bergaya di atas Arena Mat terbaharu, yang dihasilkan dari bahan anti-gelincir berkualiti tinggi. Kumpulkan kesemuanya dan rasai pengalaman hebat bermain BoBoiBoy Galaxy Card bersama keluarga dan rakan-rakan.





Monsta berharap agar para peminat dan pengumpul kad permainan akan teruja dengan koleksi terbaharu ini, di samping menarik minat ramai lagi pemain ke dunia BoBoiBoy Galaxy CardPek ImpakStarter Deck dan aksesori lain boleh didapatkan di cawangan kedai runcit, kedai buku, kedai atas talian dan Monsta Store mulai 28 September 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post