Selepas berita kematian pelakon utama watak T'challa/ Black Panther, iaitu Chadwick Boseman pada Ogos lalu akibat kanser usus, ramai peminat tertanya-tanya apakah perancangan seterusnya untuk filem Black Panther 2. Kini, setelah hampir 4 bulan berlalu, Marvel Studios telah bersedia dengan laluan terbaharu untuk sambungan filem Black Panther berkenaan. 


BERKAITAN
Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus

Menurut laporan The Holloywood Reporter, Marvel Studios mengumumkan yang filem Black Panther 2 akan memulakan penggambaran pada Julai 2021. Tambahan lagi, Marvel Studios dilaporkan sedang berunding untuk mendapatkan khidmat bintang Narcos: Mexico, Tenoch Huerta untuk melakonkan watak penjahat utama, namun belum didedahkan apakah watak yang dimaksudkan.

Black Panther 2 akan menampilkan semula Letitia Wright (sebagai Shuri), Lupita Nyong’o (sebagai Nakia), Winston Duke (sebagai M'Baku) dan Angela Bassett (sebagai Ramonda). Masih belum jelas bagaimana Marvel Studios akan menangani jalan cerita Black Panther 2 selepas kematian Chadwick Boseman, dan bagaimanakah watak T'challa akan ditamatkan nanti.

Tahun 2020 menyaksikan buat pertama kalinya Marvel Studios tidak melancarkan apa-apa filem baharu akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. 

Pengarah Black Panther, Ryan akan kembali ke kerusi pengarah untuk mengarahkan filem Black Panther 2 yang dijadualkan untuk tayangan pada 6 Mei 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post