Selepas lebih dari 2 tahun, kini telah ada perkembangan terbaharu mengenai filem Insidious 5, dengan pelakon utamanya sendiri dilaporkan akan mengarahkan filem tersebut. 


Patrick Wilson, yang membintangi filem Insidious dan Insidious 2, akan mengarahkan filem kelima dalam francais filem seran tersebut buat julung kalinya.

Menurut laporan Deadline, filem Insidious akan mengambil latar sedekad selepas filem Insidious (2010), di mana Wilson juga akan menyambung semula wataknya sebagai Josh Lambert, yang berhadapan dengan kejadian paranormal yang menimpa keluarganya.

Menyatakan dirinya berbangga dan teruja untuk mengarahkan filem Insidious 5, Wilson juga menyatakan filem tersebut akan merangkumkan kehidupan keluarga Lambert sepanjang 10 tahun peristiwa dari filem pertama berlaku.

Projek filem Insidious 5 ini akan mempertemukan semula Wilson dengan James Wan, yang mengarahkan filem Insidious (2010) dan sambungannya, Insidious: Chapter 2 (2013). James Wan merupakan individu yang bertanggungjawab 'mencipta' dunia filem Insidious, sebelum diambil alih Leigh Whannell, yang mengarahkan filem Insidious: Chapter 3 (2015) dan menulis filem seterusnya, Insidious: The Last Key (2018).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post