Warner Bros. telah mengumumkan senarai tarikh tayangan filem-filem baharu mereka untuk tahun 2021, yang akan ditayangkan di pawagam dan juga saluran penstriman mereka iaitu HBO Max. Antara yang diumumkan adalah tarikh tayangan filem baharu Mortal Kombat (yang diterbitkan oleh James Wan), yang dijadualkan untuk tayangan pada 16 April 2021.



Pada tahun lepas, penulis lakon layar, Greg Russo telah menjanjikan yang filem baharu Mortal Kombat itu akan menerima penarafan R (Restricted - seperti penarafan 18 pada filem yang ditayangkan di Malaysia), dan ini sudah tentunya perkara baik bagi filem yang menampilkan elemen ganas seperti Mortal Kombat. Laporan oleh Deadline menyatakan yang filem berkenaan masih belum siap sepenuhnya. 

Sumber : Engadget

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post