Keputusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang mahu mengangkat Syahmi Sazli, pengarah Mael Totey The Movie sebagai ikon pengarah muda menimbulkan rasa tidak senang oleh beberapa pihak. Antaranya adalah daripada pengarah filem dan penulis skrip, Al Jafree Md Yusop yang mempersoalkan kewajaran keputusan tersebut.
Memetik kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau berkata :
“Finas hantar Roh - filem yang diarahkan Emir Ezwan - untuk ke Oscar, tiba-tiba pengerusinya (yang sah bukan cinephile) bercadang nak angkat Syahmi Sazli sebagai ikon pengarah muda. Boleh sesiapa tolong jelaskan kat aku? Sebab apa dia (Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid) buat keputusan tu dan apa rasionalnya? Banyak lagi nama lain boleh dipertimbangkan sebagai calon ikon pengarah muda seperti pengarah siri animasi Ejen Ali, Muhammad Usamah Zaid Yasin,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu, Al Jafree mempertikaikan keputusan tersebut di media sosial, selain turut menyatakan kesediaannya untuk berdebat tentang isu-isu berkaitan perfileman dengan Zakaria.
Terdahulu, FINAS mengumumkan Syahmi bakal dijadikan sebagai ikon pengarah muda selepas bintang YouTuber bertukar pengarah itu mengutip RM7 juta melalui filem pertama arahannya Mael Totey The Movie, sebagai pengiktirafan kepada anak-anak muda. Selain itu, kejayaan pengarah berusia 25 tahun itu mengangkat bakat orang kurang upaya (OKU) dalam filem yang dihasilkannya itu Syahmi turut diiktiraf, selain kejayaannya filem sulungnya mencatatkan jumlah kutipan membanggakan tanpa bantuan pihak lain termasuk FINAS.

Post a Comment