Setelah menanti sekian lama, akhirnya trailer filem Zack Snyder’s Justice League telahpun diperlihatkan. Menampilkan footage baharu berdasarkan director’s cut versi Zack Snyder, saksikan trailer Zack Snyder's Justice League di bawah : 


BERKAITANSah! Justice League Versi Snyder Cut Memang Wujud, Bakal Ditayangkan Di Saluran HBO Max

Zack Snyder's Justice League akan ditayangkan di HBO Max pada 18 Mac ini sebagai filem solo dengan durasi selama 4 jam tayangan. Filem ini menjawab permintaan peminat filem DC yang melancarkan tanda pagar #ReleaseTheSnyderCut setelah menyedari kewujudan footage asal oleh pengarah filem Zack Snyder, sebelum kerusi pengarah diambil alih oleh Joss Whedon.

Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Vulko, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, J.K. Simmons sebagai Komisioner Gordon dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

BERKAITANTanda Pagar #ReleaseTheSnyderCut Menjadi Trend Seluruh Dunia Dengan Lebih 60 Ribu Ulangkicau

Filem Justice League telah ditayangkan pada November 2017, namun menerima kritikan yang bercampur baur dari para pengkritik dan peminat filem. Walaupun dipuji dari aspek aksi dan kesan khas, namun gaya pengarahan Snyder dan Whedon dapat dilihat dengan ketara dalam beberapa babak filem berkenaan. Apatah lagi ramai peminat melihatkan Whedon terbawa-bawakan gaya pengarahan filem 'seteru' atau saingan kepada Justice League iaitu Avengers, menyebabkan jalan cerita Justice League yang tidak konsisten. Dengan bajet USD300 juta, filem Justice League tidak mendatangkan keuntungan yang diharapkan, meskipun mengutip sebanyak USD658 juta.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post