Tak tahu di mana silapnya, beberapa portal media melaporkan yang filem Zack Snyder's Justice League telah 'bocor' di HBO Max, malah beberapa penonton menyatakan telah dapat menonton sebahagian filem terbabit, seminggu lebih awal dari jadual tayangan asal. 


Malah, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan tangkap layar filem berkenaan (sebelum diturunkan oleh Warner Bros.), menyatakan beliau sebenarnya memilih untuk menonton filem Tom & Jerry sebelum tiba-tiba 'dihidangkan' dengan filem Zack Snyder's Justice League.


Malah, beliau menyatakan dapat menonton filem itu selama hampir 1 jam, sebelum tayangan tersebut 'dihentikan'. Dengan tempoh selamat itu, tidak dapat dipastikan berapa orang sebenarnya yang berjaya menonton babak awal filem Zack Snyder's Justice League tersebut. 

Zack Snyder’s Justice League sebenarnya dijadualkan untuk tayangan di saluran HBO Max dengan tempoh tayangan selama 4 jam bermula 18 Mac ini. Filem tersebut dilaporkan memerlukan sekitar USD70 juta untuk menyiapkan suntingan dan kesan visual seperti mana yang dibayangkan oleh pengarah asalnya, Zack Snyder sebelum diambil alih oleh Joss Whedon.

Sedikit sinopsis Zack Snyder's Justice League :

Fueled by the hero’s restored faith in humanity and inspired by Superman’s selfless act, Justice League sees Bruce Wayne enlist the help of his newfound ally, Diana Prince, to face an even greater enemy. Together, Batman and Wonder Woman work quickly to find and recruit a team of metahumans to stand against this newly awakened threat. But despite the formation of this unprecedented league of heroes—Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg, and The Flash—it may already be too late to save the planet from an assault of catastrophic proportions.

Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Vulko, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, J.K. Simmons sebagai Komisioner Gordon dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

BERKAITAN: Trailer Zack Snyder's Justice League Akhirnya Diperlihatkan!

Filem Justice League telah ditayangkan pada November 2017, namun menerima kritikan yang bercampur baur dari para pengkritik dan peminat filem. Walaupun dipuji dari aspek aksi dan kesan khas, namun gaya pengarahan Snyder dan Whedon dapat dilihat dengan ketara dalam beberapa babak filem berkenaan. Apatah lagi ramai peminat melihatkan Whedon terbawa-bawakan gaya pengarahan filem 'seteru' atau saingan kepada Justice League iaitu Avengers, menyebabkan jalan cerita Justice League yang tidak konsisten. Dengan bajet USD300 juta, filem Justice League tidak mendatangkan keuntungan yang diharapkan, meskipun mengutip sebanyak USD658 juta.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post