Episod 2 siri Disney+ Loki dimulakan di satu acara bertemakan zaman Renaissance di Oshkosh, Wisconsin pada tahun 1985, di mana pasukan TVA meneruskan pemburuan untuk Variant Loki yang menimbulkan huru hara dan mencetuskan cabang realiti baharu. Di situ, pasukan TVA tersebut diserang hendap, dan salah seorang daripada mereka telah diculik oleh Variant Loki tersebut.
Episod 2 ini masih lagi cuba membiasakan penonton dengan pasukan TVA dan peranan mereka menjaga Sacred Timeline daripada individu yang mempunyai kuasa merentas masa, untuk menimbulkan huru hara dan kemusnahan. Loki (lakonan Tom Hiddleston) bekerjasama dengan Mobius (lakonan Owen Wilson) untuk menjejak varian Loki yang masih lagi bersembunyi.
Loki berjaya membongkar rahsia dan membuktikan kepada TVA yang varian Loki itu sebenarnya menggunakan garis masa di mana berlakunya bencana alam berskala besar (seperti tsunami dan letusan gunung berapi) untuk bersembunyi dari pasukan TVA. Ini akhirnya membawa mereka ke bandar Alabama di tahun 2050, yang ketika itu diancam puting beliung. Di penghujung episod 2 ini akhirnya memperlihatkan varian Loki yang diburu oleh pasukan TVA, iaitu Loki tetapi dalam versi perempuan. Siapakah sebenarnya watak tersebut masih lagi menjadi misteri, yang mungkin akan diterangkan dari episod-episod yang akan datang.
Pacing siri Loki episod ini masih kelihatan agak slow, walau pun Marvel masih mengekalkan elemen humor seperti mana filem-filem dan siri TV lain dalam MCU. Kemungkinan siri ini akan menjadi lebih familiar kepada penonton dalam episod terbaharu nanti.
Terdapat kejutan di penghujung episod 2 ini, dan mungkin memberi kesan kepada peranan yang dimainkan oleh Loki di masa akan datang.
Post a Comment