Kami agak terlewat untuk turut serta dalam hype siri Disney+ The Mandalorian, al-maklumlah Disney+ pun baharu sahaja bertapak di Malaysia bermula 1 Jun tempohari. Setelah lama menanti, akhirnya kami berjaya juga menamatkan tontotan kesemua episod siri The Mandalorian musim pertama dan kedua. Bagus juga tonton lewat ni, dapat terus binge watching dan tak perlu ternanti-nanti episod seterusnya. Dan sini, kami rangkumkan ulasan musim pertama dan kedua The Mandalorian dalam satu entri.


Siri The Mandalorian mengambil latar 5 tahun selepas kejadian dalam filem Star Wars: Episode VI - Return of the Jedi dan 25 tahun sebelum kejadian dalam filem Star Wars: Episode VII - The Force AwakensThe Mandalorian mengisahkan pengembaraan seorang pemburu upahan dari suku Mandalore, ataupun hanya dipanggil dengan gelaran Mando. Kisah bermula apabila Mando, yang mengambil upah besar untuk membawa satu aset kepada seorang pembeli berprofil tinggi, yang mempunyai pasukan Stormtrooper sebagai pengawal peribadi. Mando telah berjaya mendapatkan aset tersebut yang dikawal ketat, namun terkejut apabila mendapati aset tersebut hanyalah seorang kanak-kanak (walaupun dikatakan berumur 50 tahun) dan dari spesies yang sama dengan Jedi terkenal, Yoda. Mando terpaksa membawanya kepada pembeli tersebut, namun berasa kasihan dan telah menyelamat dan melarikan kanak-kanak tersebut (yang digelar The Child). Disebabkan itu, Mando menjadi buruan utama terutamanya oleh pegawai pasukan tentera Imperial bernama Moff Gideon yang mahukan kanak-kanak itu untuk dijadikan bahan eksperimen. Mengejutkan apabila Moff Gideon mengenali Mando, di mana penonton akhirnya mengetahui nama sebenar Mando dan kaitannya dengan Moff Gideon.


The Mandalorian membawakan western vibe a-la Lone Ranger, seolah siri koboi moden. Jalan cerita dan sinematografinya sangat tersusun dan berkualiti tinggi, dan kami sangat berpuas hati menontonnya. Sebagai seorang penggemar siri filem Star Wars, The Mandalorian sememangnya tidak mengecewakan dan memenuhi ekspektasi penonton. 


Musim kedua The Mandalorian punya menampilkan beberapa watak cameo yang tidak dijangka. Antarannya, penampilan pertama Jedi, Ahsoka Tano di layar perak. Malah, pelakon Temuera Morrison turut tampil dan melakonkan watak sebagai Boba Fett. Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah muncul sebagai Jango Fett iaitu bapa kepada Boba Fett dalam filem Star Wars Episode II - Attack Of The Clones. Malah, seorang Jedi lagi turut muncul di penghujung episod 8 musim kedua The Mandalorian. Siapa yang dimaksudkan? Jangan lupa tonton siri The Mandalorian untuk mengetahuinya. 

Secara keseluruhan, siri The Mandalorian ini tidaklah terlalu berat dan boleh ditonton oleh sesiapa sahaja walaupun tidak mengikuti dengan rapat filem-filem Star Wars terdahulu. Tak sabar kami menantikan musim ketiga siri The Mandalorian nanti. 

Kami berikan 4.5/5 bintang untuk siri The Mandalorian di Disney+.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post