Filem Monster Hunter mencatatkan kutipan sebanyak USD44 juta di seluruh dunia, dengan bajet sebanyak USD60 juta. Kami baharu berkesempatan menontonnya di Netflix, dan inilah review filem Monster Hunter dari kami.
Monster Hunter mengisahkan tentang sepasukan tentera Amerika diketuai Kapten Natalie Artemis (lakonan Milla Jovovich) yang tersesat masuk ke dalam satu ribut petir mega yang membawa mereka ke suatu dunia baharu ketika dalam misi mencari rakan mereka yang hilang. Ketika tiba di dunia baharu tersebut, mereka diserang oleh seekor raksasa digelar Diablos, menyebabkan dua ahli pasukan tersebut maut. Ahli pasukan yang terselamat berlindung di dalam gua sebelum diserang oleh labah-labah gergasi digelar Nerscyllas pula, menyebabkan hampir kesemua ahli pasukan tersebut maut kecuali Artemis. Di situ, Artemis bertemu dengan Hunter (lakonan Tony Jaa) yang menyelamatkan dan melindunginya dari serangan labah-labah gergasi tersebut.
Selain aksi raksasa unik, filem Monster Hunter hanyalah sekadar filem adaptasi permainan video yang kelihatan biasa sahaja. Jalan cerita filem ini mungkin agak membosankan bagi mereka yang tidak biasa dengan permainan video Monster Hunter (seperti kami), kerana agak membosankan. Hampir 40 minit berlalu, tapi masih tidak pasti apa motif jalan cerita filem ini. Malah, adegan dua pelakon utama untuk mendapatkan keserasian (watak Artemis berbahasa Inggeris, manakala watak Hunter pun tidak fasih berbahasa Inggeris), menyebabkan timbul salah faham antara mereka dan masing-masing cuba mencari kelemahan lawan untuk melarikan diri.
Pada kami, filem Monster Hunter ini adalah filem tipikal manusia menentang raksasa ganas yang mengancam nyawa, dan tidak lebih dari itu. Build up latar belakang cerita, watak, motif terlalu biasa dan tiada yang istimewa untuk filem genre seperti ini.
Kami berikan 2.5/ 5 bintang untuk filem Monster Hunter. Saksikan filem ini di Netflix sekarang.
Post a Comment