Gambar-gambar terbaharu dari set penggambaran filem Black Panther: Wakanda Forever kini telahpun muncul di Internet. Menurut laporan TMZ, berikut adalah pandang pertama watak Okoye (lakonan Danai Gurira) dan Shuri (lakonan Letitia Wright), yang menggayakan gaya rambut baharu. 


Gambar set terbaharu ini muncul tatkala keluarnya pengesahan yang Dominique Thorne secara rasminya akan tampil sebagai Riri Williams/ Iron Heart dalam filem Black Panther: Wakanda Forever yang merupakan penampilan sulung watak tersebut dalam filem MCU, sebelum tampil dengan siri Disney+ tersendiri nanti. 

BERKAITANFilem Black Panther 2 Bakal Mulakan Penggambaran Pada Julai 2021

Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi akan diarahkan oleh Ryan Coogler, dan menampilkan barisan pelakon asal seperti Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, dan Winston Duke sebagai M’Baku.

Black Panther: Wakanda Forever dijadualkan untuk tayangan pada 8 Julai 2022, dan masih tidak jelas siapa yang akan menggalas watak utama filem ini selepas kematian mengejut pelakon utamanya, Chadwick Boseman di usia 43 tahun akibat penyakit kanser usus.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post