Kami baharu sahaja berkesempatan menonton filem The Foreigner di Netflix, dan inilah review dari kami.


The Foreigner adalah berdasarkan novel The Chinaman (1992) karya Stephen Leather, dan diarahkan oleh Martin Campbell. Ditunjangi pelakon hebat seperti Jackie Chan dan Pierce Brosnan, ini merupakan antara filem yang menampilkan Jackie Chan dengan karakter serius, jauh daripada watak yang biasa dibawanya sebelum ini. 

The Foreigner mengisahkan tentang Nguyen Minh Quoc (lakonan Jackie Chan), seorang pemilik restoran di London yang kematian anak perempuannya akibat letupan bom, yang didalangi oleh pengganas dari Ireland Utara. Dalam keadaan masih bersedih dan emosi terganggu, Quoc menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan nama pengebom tersebut, termasuklah beberapa kali ke balai polis, dan akhirnya membawanya ke Belfast bertemu Liam Hennessy (lakonan Pierce Brosnan), seorang ahli politik yang mempunyai sejarah silam dengan pertubuhan pengganas Ireland. Quoc percaya Liam boleh membantunya mendapatkan nama pengebom terssebut. 


Disebabkan Liam kelihatan seolah tidak bersungguh membantunya, QUoc mengambil pendekatan sendiri, termasuk meletupkan tandas di pejabat Liam dengan hanya menggunakan bahan-bahan dari kedai runcit, dan ugutan lain terhadap Liam dan orang-orang di sekelilingnya. Ini memaksa Liam menggunakan network yang dimilikinya untuk mendapatkan maklumat latar belakang Quoc, yang rupa-rupanya mempunyai latar belakang ketenteraan, yang merupakan kelahiran China tetapi dibesarkan di Vietnam, malah dilatih oleh tentera Amerika.


The Foreigner menampilkan resepi yang agak berbeza utnuk filem lakonan Jackie Chan sebelum ini. Filem ini memberikan ruang untuk Jackie bermain dengan pelbagai emosi : penyayang, cering, sedih, marah, geram, dendam, dan menggunakan segala ruang yang ada semata-mata untuk mendapatkan nama pengebom yang menyebabkan kematian anak perempuannya. Segala apa yang dilakukannya hanyalah untuk menuntut bela atas kematian sia-sia anak perempuannya.

Manakala Brosnan pula dapat kembali ke asal keturunannya, dengan menggunakan loghat Ireland untuk lakonannya dalam filem ini. Lakonannya sebagai ahli politik yang licik amat meyakinkan, membuktikan bahawa ahli politik sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan karier politiknya. Menariknya, watak Hennessy diilhamkan daripada ahli politik sebenar, iaitu Martin McGuinness, bekas komander IRA (Irish Republican Army) yang akhirnya menjadi timbalan menteri Ireland Utara.

Jangan lupa saksikan filem The Foreigner di Netflix untuk mengetahui pengakhiran filem ini. Kami berikan 4/5 bintang untuk filem The Foreigner.
 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post