Netflix dilaporkan bakal bekerjasama dengan 2K dan Take-Two Interactive untuk menghasilkan filem adaptasi dari permainan video terkenal BioShock. Vertigo Entertainment danTake-Two akan bertindak sebagai penerbit bersama, namun siapa yang bakal mengarahkan filem tersebut masih belum didedahkan. 

Permainan video BioShock diperkenalkan pada tahun 2007 dan mendapat sambutan menggalakkan. Dalam permainan video BioShock, pemain bermain sebagai watak Jack, yang merupakan satu-satunya individu yang terselamat dalam satu kemalangan kapal terbang terhempas di launtan Atlantik pada tahun 1960-an. Di situ, Jack menemui satu dunia asing bernama Rapture, dan disitu beliau terpaksa bertarung dengan pelbagai musuh untuk melepaskan diri. 

Permainan video BioShock mempunyai beberapa siri sambungan, dengan yang terakhir adalah  BioShock Infinite yang diperkenalkan pada tahun 2013.

Menurut pengerusi dan CEO Take-Two Interactive, Strauss Zelnick :

“Netflix is among the best and most forward-thinking storytellers in all of entertainment today. We are thrilled that they share our vision and commitment to the BioShock franchise, which is beloved by millions of fans around the world. 2K’s Cloud Chamber studio is deep in active development on the next iteration of the series, and coupled with our partnership with Netflix, we remain highly confident that BioShock will continue to captivate and engage audiences like never before”.

Francais permainan video BioShock telah mencatatkan jualan sebayak 39 juta unit di seluruh dunia, dan dianggap antara permainan video paling jaya dan digemari oleh peminat permainan video. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post