Satu lagi sambungan filem Scream bakal dihasilkan, dan dikhabarkan yang Paramount Pictures dan Spyglass Media kini dalam persediaan untuk meneruskan kesinambungan francais filem itu, hasil kejayaan tayangan filem kelima Scream yang ditayangkan kini.
Memetik laporan oleh Variety, Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett dilaporkan akan kembali sebagai pengarah filem Scream keenam tersebut, dengan penggambaran pertama dijangka akan dimulakan seawal tahun ini juga.
BERKAITAN : Review Filem Scream (2022) - Filem Slasher Yang Kami Boleh Layan!
Filem Scream (yang kelima dalam francais filem itu) telah menampilkan semula pelakon dari filem terdahulu seperti Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette dan Neve Campbell. Jalan ceritanya masih berkisar di sebuah pekan kecil bernama Woodsboro, di mana munculnya seorang lagi pembunuh bersiri yang mengenakan topeng Ghostface dan mengancam nyawa sekumpulan remaja di pekan kecil itu. Filem Scream menampilkan barisan pelakon baharu seperti Melissa Barrera, Jenna Ortega, Dylan Minnette dan Jack Quaid.
Filem kelima Scream yang mula ditayangkan di pawagam pada bulan lepas telah mencatatkan kutipan melebihi USD100 juta di seluruh dunia, dengan bajet hanya USD25 juta untuk dihasilkan!
Nantikan berita dari kami berkenaan barisan pelakon dan tarikh tayangan filem terbaharu itu nanti.
Post a Comment