Sebelum ini, pengarah filem Harry Potter, Chris Columbus dilaporkan ada menyuarakan minat untuk mengarahkan trio yang terkenal dalam filem Harry Potter, iaitu Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint dalam filem Harry Potter and the Curse Child yang merupakan adaptasi dari sebuah persembahan pentas popular. Columbus dipetik sebagai berkata, sekiranya reunion watak-watak tersebut berjaya dilakukan, ianya akan menjadi satu "cinematic bliss" untuk para peminat Harry Potter, seperti mana dilakukan oleh J.J. Abrams dalam trilogi filem Star Wars terbaharu.
Bagaimanapun, Daniel Radcliffe tidak berkongsi keterujaan yang sama dengan pengarah tersebut. Dalam satu temuramah bersama The New York Times, Radcliffe berkata :
“This isn’t the answer that anybody’s going to want, but I think I was so able to go back and enjoy it because it’s not a part of my day-to-day life anymore. I’m getting to a point where I feel like I made it out of Potter OK and I’m really happy with where I am now, and to go back would be such a massive change to my life.I’m never going to say never, but the Star Wars guys had like 30, 40 years before they went back. For me, it’s only been 10. It’s not something I’m really interested in doing right now”.
Harry Potter and the Cursed Child merupakan karya asal J.K. Rowling, Jack Thorne, dan John Tiffany, yang kini dijadikan persembahan pentas. Ianya mengambil latar 19 tahun selepas kejadian dalam novel Harry Potter and the Deathly Hallows (dan filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part II), yang berkisarkan kisah anak bongsu pasangan Harry dan Ginny, iaitu Albus yang baru sahaja memulakan tahun pertama di Hogwarts, dan berkawan dengan anak Draco Malfoy bernama Scorpius.
Siri novel Harry Potter telah dijadikan filem, yang mencatatkan rekod kutipan keseluruhan melebihi USD7 bilion di seluruh dunia.
Post a Comment