Satu laporan dari Variety baru-baru ini telah menyatakan yang sambungan filem I Am Legend akan dihasilkan, dengan Will Smith dikatakan bakal kembali dalam filem tersebut, selain turut menampilkan Michael B. Jordan!
Filem I Am Legend sebelum ini ditayangkan pada tahun 2007, hasil adaptasi novel dengan tajuk sama yang diterbitkan pada tahun 1954 karya Richard Matheson.
Berita ini nampaknya turut disahkan sendiri oleh Will Smith, yang memuat naik satu gambar berkaitan projek filem terbaharu itu, seperti di bawah :
Sejajar dengan pengumuman yang masih terlalu baharu ini, masih belum ada plot jelas mahupun sinopsis filem sambungan I Am Legend ini. Pengarah untuk filem ini juga masih belum diumumkan lagi.
Filem I Am Legend mengambil latar 4 tahun selepas dunia berhadapan dengan satu wabak yang membunuh hampir kesemua manusia di muka bumi, dan mana yang terselamat telah bertukar menjadi raksasa yang ganas dan hanya keluar di waktu malam. Hanya seorang manusia yang kelihatannya terselemat dan imun dengan virus tersebut (watak lakonan Will Smith) yang berusaha mencari penawar untuk virus tersebut.
I Am Legend diarahkan oleh Francis Lawrence dan mencatatkan kutipan melebihi USD585 juta di seluruh dunia.
Post a Comment