Sony Pictures secara rasminya mengumumkan penghasilan filem Venom 3!
Pengumuman tersebut dilakukan dalam acara CinemaCon yang berlangsung hari ini, namun ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan penerbit eksekutifnya, Amy Pascal telahpun mengumumkan sebelum ini yang filem ketiga Venom (masih ditunjangi oleh Tom Hardy) adalah dalam proses perancangan. Masih belum ada tajuk rasmi diumumkan, namun ianya pasti akan menyambung pengakhiran kisah dalam filem keduanya, iaitu Venom: Let There Be Carnage.
BERKAITAN: Review Filem Venom: Let There Be Carnage (2021) - Sony Terlalu 'Try Hard'?
Filem Venom: Let There Be Carnage yang ditayangkan pada tahun lepas mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak melebihi USD480 juta di seluruh dunia.
Filem Venom: Let There Be Carnage diarahkan oleh Andy Serkis, menampilkan barisan pelakon seperti Tom Hardy, Michelle Williams, Reid Scott, dan Peggy Lu, selainkan menampilkan Woody Harrelson sebagai pemubunuh bersiri Cletus Kasady/ Carnage dan Naomie Harris sebagai Frances Barrison/ Shriek.
Post a Comment