Penghasilan filem Fantastic Four kini kembali menemui jalan buntu, apabila pengarahnya, Jon Watts dilaporkan telah menarik diri dari mengarahkan filem tersebut. 

Deadline melaporkan yang Jon Watts telah menarik diri dari filem Fantastic Four yang akan memperkenalkan keluarga superhero ikonik dari panel komik Marvel itu ke dalam MCU. Sebab penarikan diri itu dilaporkan bukanlah akibat perselisihan faham ataupun perbezaan kreatif, sebaliknya menyatakan yang Jon berhasrat untuk 'berehat' seketika dari mengarahkan filem-filem superhero. Jon sebelum ini telah mengarahkan trilogi filem Spider-Man untuk MCU, di mana filem terbaharunya, Spider-Man: No Way Home menerima sambutan yang amat, amat menggalakkan di kalangan peminat. 

BERKAITAN: Siapakah Pelakon Yang Bakal Muncul Sebagai Mr. Fantastic?

Disebabkan penarikan diri Jon Watts sebagai pengarah Fantastic Four, Kevin Feige yang merupakan Presiden Marvel Studios telah mengeluarkan kenyataan rasmi berikut:

"Collaborating with Jon on the Spider-Man films has been a true pleasure. We were looking forward to continuing our work with him to bring the Fantastic Four into the MCU but understand and are supportive of his reasons for stepping away. We are optimistic that we will have the opportunity to work together again at some point down the road".

Manakala Jon Watts pula menyatakan seperti berikut:

“Making three Spider-Man films was an incredible and life changing experience for me. I’m eternally grateful to have been a part of the Marvel Cinematic Universe for seven years. I’m hopeful we’ll work together again and I can’t wait to see the amazing vision for Fantastic Four brought to life.”

Sebelum pengambilalihan oleh Disney, francais Fantastic Four dikendalikan oleh studio 20th Century Fox. Filem terakhirnya, Fantastic Four (2015) yang menampilkan lakonan oleh Miles Teller dan Michael B. Jordan menerima kritikan yang agak pedas, dan hanya mencatatkan kutipan keseluruhan hanya USD167 juta dengan bajet sejumlah USD120 juta.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post