Kami telah berkesempatan menonton episod pertama dan kedua siri Disney+ terbaharu, iaitu Moon Knight, yang buat pertama kalinya memperkenalkan dan menampilkan live action watak hero itu di kaca TV. Inilah review Moon Knight episod 1 dan 2 dari kami.
Dalam episod 1 Moon Knight, penonton diperkenalkan dengan watak Steven Grant (lakonan Oscar Isaac), seorang petugas di kedai menjual cenderamata di sebuah muzium yang berhajat menjadi seorang tour guide (kerana beliau mempunyai pengetahuan tentang sejarah Mesir). Episod pengenalan ini memperlihatkan Steven tinggal dalam sebuah apartmen kecil bersama ikan emas peliharaan (diberi nama Gus), dan mengikat kakinya di katilnya sendiri sebelum tidur.
BERKAITAN: Trailer Pertama Siri Disney+ Moon Knight Diperlihatkan
Steven seolah berada dalam dunianya sendiri, dan ada kalanya tidak sedar tentang apa yang berlaku. Beliau kerap terdengar suara bisikan orang lain yang bernama Marc Spector, dan dalam satu situasi, beliau dibawa ke satu tempat asing dan dikejar oleh individu yang ingin menangkapnya, dan Marc mengarahkan supaya melarikan diri. Apabila terjaga dari tidur, beliau berada di rumah, dan telah 2 hari berlalu, dan Steven langsung tidak ingat apa yang telah berlaku sepanjang 2 hari tersebut. tanpa ada apa-apa ingatan pun terhadap apa yang berlaku.
Watak penjahat utama diperkenalkan sebagai Arthur Harrow (lakonan Ethan Hawke) yang seolah mempunyai kuasa mistik dari dewi Mesir bergelar Ammit. Harrow telah mencari dan berjumpa dengan Steven di muzium tempat kerjanya, dan meminta scarab yang dipunyai oleh Steven. Akibatnya, Harrow telah menggunakan kuasanya untuk menyeru satu raksasa berbentuk jackal menyerang Steven. Ketika terperangkap, Steven telah memberikan kawalan badannya kepada Marc Spector, seterusnya bertukar buat kali pertamanya di skrin TV (dan live action) sebagai Moon Knight. Dalam episod ini, dapat dilihat yang watak Steven mempunyai kecelaruan dikenali sebagai disassociative identity disorder, yang mana Steven akan tampil dengan beberapa perwatakan sepanjang siri Moon Knight ini, sama seperti apa yang ditampilkan dalam komik.
BERKAITAN: TV Spot Terbaharu Moon Knight Diperlihatkan - Bakal Ditayangkan Hujung Bulan Ini!
Dalam Episod 2 Moon Knight, Steven telah dipecat dari kerjanya disebabkan kemusnahan kepada muzium akibat pertarungan Moon Knight sebelum ini. Menariknya, ketika melihat semula rakaman CCTV, tidak kelihatan langsung jackal yang menyerangnya pada malam kejadian. Beliau telah menjumpai satu peti simpanan, dan menjumpai scarab yang dicari Harrow tersembunyi di dalamnya. Di saat itulah beliau menyedari bahawa semua yang dialaminya adalah benar, dan bukanlah khayalannya semata-mata. Bayangan watak Marc Spector muncul, dan memperkenalkan dirinya kepada Steven Grant, yang beliau sebenarnya adalah pembunuh upahan warga Amerika yang juga merupakan avatar kepada dewa bulan Mesir, iaitu Khonshu. Dalam episod ini, penontonnya akhirnya mengetahui yang sebenarnya Harrow adalah avatar kepada Khonshu sebelum ini, sebelum memilih untuk menjadi pengikut Ammit disebabkan perbezaan ideologi. Harrow ingin menggunakan scarab itu untuk menjejak makam Ammit dan menghidupkannya semula untuk menghapuskan segala kejahatan di dunia. Dalam episod ini, satu lagi watak unik muncul, di mana Steven tampil dengan sut dan topeng putih dan bergelar Mr. Knight. Ketika diserang seekor lagi makhluk jackal, Steven memberikan kawalan badannya kepada Marc, dan bertukar menjadi Moon Knight. Malangnya selepas menewaskan jackal tersebut, Harrow telah berjaya mendapat scarab tersebut. Kali ini, Marc tidak memulangkan semula kawalan badan kepada Steven, dan seterusnya Khonshu menghantar Marc terus ke Mesir untuk menyelesaikan misinya untuk menghalang Harrow.
Berbanding 5 siri Disney+ berkait MCU sebelum ini (
WandaVision,
The Falcon and the Winter Soldier,
Loki,
What If? dan Hawkeye), ini merupakan kali pertama watak yang tak pernah muncul dalam mana-mana filem MCU sebelum ini menjadi
highlight siri tersebut. Sudah tentunya ianya satu pengalaman yang fresh untuk penonton mengenali watak yang agak asing terutamanya untuk mereka yang bukan pembaca komik Marvel berkait
Moon Knight.
Masih terlalu awal untuk menilai siri Moon Knight ini, apatah lagi watak ini pun agak asing bagi kami. Dalam konteks Marvel Studios, kehadiran siri dengan watak ini menimbulkan keterujaan untuk mengetahui keseluruhan jalan ceritanya. Penonjolan watak berlatarkan Mesir ternyata menimbulkan minat untuk mendalami sejarah dan mitos Mesir.
Jangan lupa nantikan review kami untuk episod Moon Knight seterusnya.
Post a Comment