Filem Minions: The Rise of Gru akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, yang merupakan sambungan kepada filem Minions (2015). United International Pictures juga telah berkongsikan trailer dan poster terbaharu filem tersebut. Saksikan di bawah:
Minions: The Rise of Gru berlatarkan tahun 1970-an, di mana Gru yang ketika itu hanya berusia 12 tahun dan membesar di pinggir bandar, menjadikan pasukan penjahat dikenali Vicious 6 sebagai idola. Gru bercita-cita untuk mengganggotai pasukan tersebut, Gru bernasib baik kerana mendapat bantuan dan sokongan dari Minions, yang mana telah menjadi pengikut Gru di penghujung filem Minions (2015). Pertemuan tak diduga tersebut menjadikan mereka sebuah pasukan, dan bersama-sama, mereka membina markas, mencipta senjata, dan mempunyai perancangan rapi supaya dikenali dan diiktiraf oleh penjahat lain.
Apabila ketua pasukan Vicious 6, iaitu Wild Knuckles disingkir keluar, Gru nampak peluangnya terbuka luas untuk menganggotai pasukan tersebut. Walau bagaimanapun, usahanya tidak berjaya, dan beliau terpaksa mendapatkan bantuan Wild Knuckles untuk mendapatkan kepercayaan sebelum boleh diterima masuk. Berjayakah Gru dalam misinya itu? Sama-sama kita nantikan filem Minions: The Rise of Gru.
Minions: The Rise of Gru menampilkan barisan pelakon hebat yang memberikan suara kepada watak-watak filem tersebut, seperti Steve Carell (watak Gru), Taraji P. Henson (watak Belle Bottom), Jean-Claude Van Damme (watak Jean Clawed), Lucy Lawless (watak Nunchuck), Dolph Lundgren (watak Svengeance), Danny Trejo (watak Stronghold), Russell Brand (watak Dr. Nefario), Michelle Yeoh (watak Master Chow) dan Julie Andrews (watak ibu kepada Gru).
Filem Minions: The Rise of Gru akan ditayangkan di pawagam bermula 30 Jun 2022.
Post a Comment